Resepi Tauhu Bergedil Ayam

Tauhu bergedil merupakan  makanan yang menjadi viral dan sering dikongsikan di media-media sosial. Terdapat tauhu bergedil ayam, daging dan udang. Saya berkesempatan untuk mencuba tauhu bergedil ayam dan mendapatkan resepinya daripada seseorang. Jadi, saya ingin kongsikan resepi tersebut dengan pembaca blog ini.

Bahan-bahan untuk tauhu bergedil ayam
Daging ayam kisar-kuantiti terpulang kepada masing-masing
5 biji kentang-direbus dan dilenyek
3 ulas bawang putih-dikisar
2 biji bawang merah-dikisar
Garam-secukupnya
Tauhu pok
Daun bawang-kuantiti terpulang kepada masing-masing
1 biji telur-dipukul
Minyak masak-untuk menggoreng

Bahan-bahan untuk tauhu bergedil ayam
Bahan-bahan untuk sos tauhu bergedil
Kicap manis Jalen
Gula Melaka
Limau kasturi-diperah
Cili padi-dihiris
Tepung gandum-dibancuh

Cara memasak tauhu bergedil ayam
1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng daging ayam kisar sehingga kering.

2. Masukkan daging ayam kisar, daun bawang, bawang putih, bawang merah dan garam ke dalam kentang yang telah dilenyek. Gaul hingga sebati.




3. Gunting tauhu pok termasuk isinya tetapi jangan keluarkan isinya. 

4. Masukkan kentang ke dalam tauhu pok lalu celupkan tauhu pok tersebut ke dalam telur.

5. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng tauhu pok tersebut.


Cara memasak sos untuk tauhu bergedil
1. Panaskan kuali. Masukkan kicap lalu kacau seketika.

2. Masukkan gula Melaka dan cili padi. Kacau sehingga gula tersebut hancur.

3. Masukkan bancuhan tepung gandum untuk memekatkan sos tauhu bergedil. Tambahkan sedikit air. 

4. Masukkan air limau yang telah diperah. Kacau seketika dan angkat.

Tauhu bergedil ayam

Selamat mencuba😊

Comments

  1. Wah nampak sedap ni Jannah! Baru haritu makan tauhu bergedil jgak, sepupu mmg jual. Hehe

    ReplyDelete
  2. kalau buat sendiri memang puas hati kan ? boleh sumbat isi macam2. hehe.. tapi akak malas wakakaka.. kena order jugak. dapnye..!! lagi2 sambal kicap yang trangkat perrgh layan..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kalau buat sendiri lebih puas hati. Yang penting sambal kicapnya mesti kena sedap.

      Delete
  3. Rajinnya Jannah.. meh pindah sebelah rumah akak.. hahaha.. boleh ngoder je kat Jannah.. Sedap tuh tauhu begedil.. feveret.. tapi tak berapa rajin nak buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau time ada mood nak masak je, akan rajin😅

      Delete

Post a Comment