Resepi Opor Daging Masakan Tradisional Pahang

Hai semua. Hari ini saya ingin kongsikan resepi masakan tradisional Pahang, iaitu opor daging.

Opor daging ini merupakan hidangan istimewa yang selalu ada di kenduri kahwin. Antara menu yang selalu ada kalau kita pergi ke kenduri perkahwinan di Pahang. Memandangkan pandemik melanda, maka dah lama tak makan opor daging.

Untuk resepi yang akan saya kongsikan ini, kuantiti pes opor, santan dan kerisik tidak semestinya anda ikut 100% seperti saya. Anda boleh sesuaikan mengikut kuantiti daging dan citarasa masing-masing. 

Daging pula dipotong besar-besar, bukannya dihiris nipis seperti rendang daging. Saya gunakan daging lembu tapi ada juga orang yang gunakan daging kerbau. Boleh sesuaikan dengan bahan-bahan yang ada di rumah anda.

Jom kita lihat resepinya.

Bahan-bahan
1kg++ daging lembu-dipotong besar
1 paket pes opor Puteri Ayu
4 sudu santan (sesuaikan dengan kuantiti daging)
1 1/2 sudu kerisik (sesuaikan ikut kuantiti daging)
Garam-secukupnya
Air-secukupnya

Cara memasak
1. Masukkan air dan daging ke dalam kuali lalu rebus daging tersebut.

2. Setelah air mendidih, masukkan pes opor dan santan ke dalam air rebusan daging (jangan keluarkan daging).

3. Masak dengan api perlahan/sederhana sehingga kuah menjadi pekat dan daging empuk. Pastikan anda kacau opor tersebut sekali-sekala.

4. Masukkan kerisik lalu kacau.

5. Masukkan garam dan kacau.

6. Hidangkan opor daging yang sudah siap dimasak.

Opor Daging Pahang

Sebenarnya. ini merupakan pertama kali saya cuba masak opor daging. Tak pernah masak sebelum ni sebab kalau nak masak opor daging agak banyak penyediaan dan masa memasak pun lama. 

Nasib baik sekarang ni sudah ada yang jual pes opor. Jadi, dapat jimatkan masa memasak. Rasa pun sedap. Lain kali boleh beli lagi pes opor Puteri Ayu ni.

Dalam pes tersebut, sudah ada ketumbar, halia, bawang putih, cili, cengkih, kayu manis, bawang merah, asam jawa dan minyak. Jadi, tak perlu tumis pun. 

Tapi tak pastilah mudah atau tidak untuk dapatkan pes ini di negeri lain. Kalau tak ada di pasar raya, anda boleh cuba beli secara atas talian.

Selamat mencuba. Nantikan lebih banyak lagi resepi tradisi Pahang yang akan saya kongsikan.


Comments

  1. mesti sedap ni JR, kak ana ni tak berapa pandai masak menu daging ni, selalu failed.

    ReplyDelete
  2. Wah..nampak sangat sempurna masakan ni..saya suka bila kunyah lembut ja ..boleh telan..

    ReplyDelete
  3. sedap..rindu nak makan.
    dulu arwah kawan ammi kat kuantan kalau maknya buat, dia rajin postkan ke ammi.

    ReplyDelete
  4. Ohhhh hidang istimewa kenduri di negeri pahang, baru tahuu. First time jugak dengar nama opor ni. Nampak macam daging masak hitam atau kicap gituuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin opor ni belum terkenal lagi di negeri-negeri lain. Biasanya orang dari negeri lain tahu tentang ikan patin masak tempoyak je.

      Delete
  5. Aalaaa..terus lapar akak tengok time2 ni...dapnyaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cepat-cepat cari makanan nampaknya, Kak SA😂.

      Delete
  6. Mudah bila ada pes nie kan Jannah.. Masakan yang perlu masa lama jadi cepat.. Menarik pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kak. Dapat jimat masa dan kos juga. Beli beberapa bahan saja.

      Delete

Post a Comment