Menang Surprise Giveaway By Aienienka

Hai semua. Bulan lepas saya telah sertai Suprise Giveaway By Aienienka. Tak sangka ada rezeki saya untuk menjadi salah seorang penerima surprise.

Blogger Aienienka (Kak Aien) memaklumkan kepada saya bahawa hadiah tersebut sudah dipos pada hari khamis yang lalu. Pada hari ini, hadiah itu sudah selamat sampai di rumah. Memang cepat penghantarannya. Saya ingatkan hadiah tersebut akan sampai minggu depan.

Mari kita lihat hadiahnya.

Bungkusannya agak besar dan apabila saya buka bungkusan tersebut, terdapat satu kotak berwarna merah jambu. Kak Aien memang bungkus kotak tersebut dengan kemas dan semuanya berada dalam keadaan baik. 

Hadiah Surprise Giveaway By Aienienka

Tak seronoklah kalau kita reveal hadiahnya awal-awal kan. Jadi, saya akan ceritakan tentang kad ucapan yang diberikan terlebih dahulu. Sebenarnya, kad tersebut ada di dalam kotak tapi saya keluarkan untuk tangkap gambar😂. 

Hadiah Surprise Giveaway By Aienienka

Selain daripada kotak yang berwarna merah jambu, bunga pada sampul surat juga berwarna merah jambu. Kad ucapan tersebut ditulis tangan oleh Kak Aien, bukan ditaip. Kad sebegini lebih istimewa kerana sekarang ni dah jarang orang beri kad ucapan yang dibuat sendiri.

Jom kita lihat hadiah apa yang ada dalam kotak surprise ni.

Hadiah Surprise Giveaway By Aienienka 

Terdapat tiga hadiah, iaitu teddy bear, tudung jenama Fazura yang berwarna merah jambu dan kerongsang. Memang cantik dan kebetulan pula saya suka warna merah jambu.

Memandangkan hadiah untuk pemenang dirahsiakan, saya memang tak tahu hadiah yang disediakan oleh Kak Aien. Tak sangka pula ada tiga hadiah.

Sebelum saya akhiri entri ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kak Aien atas hadiah yang diberikan. Semoga Kak Aien terus dimurahkan rezeki dan berjaya dalam dunia blogging. 

Jangan lupa singgah ke blog Aienienka. Mana tahu beliau akan anjurkan giveway lagi nanti.

Comments

  1. yeay! Safely arrived. Terima kasih sebab suka. :) Again, jangan jemu singgah ke aienienka.com

    ReplyDelete
  2. Tahniah Jannah...sorry lama x singgah sebab kekangan masa dan busy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Kak SA. It's okay. Utamakan perkara yang lebih penting dulu😊.

      Delete

Post a Comment