Surprise Giveaway By Aienienka

Surprise Giveaway By Aienienka

Hai, semua😊. Setelah sekian lama tiada segmen atau giveaway  yang saya sertai, saya ternampak Suprise Giveaway By Aienienka yang baru sahaja dilancarkan. 

Syarat penyertaan juga agak mudah. Pastikan anda follow blog Aienienka dan tulis satu entri yang menceritakan tentang the best surprise yang anda pernah dapat. Nak follow akaun media sosial pemilik blog pun boleh.

Kalau anda ingin tahu lebih lanjut tentang giveaway ini, boleh klik banner di atas.

Jom baca tentang suprise yang saya pernah dapat sebelum ni.

The Best Suprise:
Bagi saya, the best surprise yang saya pernah dapat adalah pada tahun 2020. Kejutan daripada orang yang tidak disangka-sangka dan hadiahnya juga tidak dijangka. 

Mula-mula, saya dapat mesej di Whatsapp yang mengatakan ada orang ingin beri kejutan dan penjual meminta saya memberikan maklumat untuk penghantaran. 

Masa tu perasaan saya bercampur-baur. Terkejut, gembira dan risau sebab sekarang kan banyak penipuan atas talian. Jadi, saya tak beri jawapan dan buat Whatsapp status bertanyakan tentang identiti orang yang ingin memberikan kejutan.

Disebabkan tak ada yang mengaku, saya pun cakap yang saya tak akan terima barang daripada orang yang tidak diketahui. Kemuadian, pemberi kejutan tu pun mengaku. Rupa-rupanya, junior saya di universiti yang ingin beri hadiah sempena graduasi saya.

Kiranya bukan fully surprise dah sebab saya tahu identiti pengirim cuma tak tahu hadiah apa yang akan diberikan😂. Tapi saya memang tak sangka beliau akan beri cincin dan gelang tangan. Jaranglah orang bagi hadiah cincin sebab agak susah untuk tentukan saiznya.

Nasib baik kedua-dua hadiah sesuai dengan saya dan cantik. Memang akan ingat tentang surprise tu sampai bila-bila sebab tak pernah lagi ada orang lain yang bagi kejutan macam tu.

*Tarikh tutup untuk Surprise Giveaway By Aienienka  ini ialah pada 22 September 2021. Semoga berjaya kepada semua peserta.

Comments

  1. Wahh, ada pengalaman pernah dapat hadiah drp seorang secret admirer tuu.. 😎

    All the best JR 😄🎈

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi bukan rahsia lagi dah, CS. Identiti dah terbongkar😂.

      Delete
  2. Wow,, dapat hadiah cincin.. fuh, memang berdebar la menanti hadiah tu. Hehe

    ReplyDelete
  3. semoga ada rezeki berGA. best lah hadiah surprise tu.. mmg betul2 suprise kn

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, saya singgah di sini dari GA yang sama.. Best of luck to you dan semoga ada rezeki..Wah dapat hadiah yang begitu bernilai, mesti rasa terharu...

    https://www.shikinrazali.com/2021/09/suprise-giveaway-by-aienienka.html

    ReplyDelete
  5. dapat cincin. apakah makna cincin itu. hehehe. Goodluck!

    ReplyDelete
  6. Goodluck jannah aemoga ada rezeki menang

    ReplyDelete
  7. wahh dapat cincin dan gelang , best nyaa tuuuu <3
    all the best Jannah

    ReplyDelete
  8. Wahh surprise dari junior pulak tu. Mesti baik dengan junior. Tahniah atas graduasi ya!

    Blogwalking dari GA yang sama . Semoga ada rezeki :D

    https://theathra.blogspot.com/2021/09/suprise-giveaway-by-aienienka.html

    Pstt : Kat mana nak follow ya blog ni. tak jumpa button :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Course saya tak ramai pelajar. Jadi, senior dan junior memang rapat.

      Terima kasih singgah sini. Follow button ada kat home. Bahagian atas kanan yang ada 3 garis.

      Delete
  9. waa... dapat hadiah utk graduasi mmg rare.. Bestnyaa... Semoga dimurahkan rezeki ya.. All the best for segmen ..

    ReplyDelete
  10. hahahaha sampai macam tu sekali. Fail lah plan dia nak bagi surprise, nasib baik tak tahu hadiah apa. All the best Jannah :)

    ReplyDelete

Post a Comment