Review Ayam Goreng McD Regular

Hai semua. Hari ini saya akan review ayam goreng McD regular (biasa).

Sebenarnya, saya beli bersama-sama dengan Oreo McFlurry hari tu. Tapi macam biasalah setelah sekian lama baru nak kongsikan di sini😂.

Dah banyak kali saya makan ayam goreng McD. Kedua-dua jenis ayam goreng, yang biasa dan yang pedas, sudah pernah saya cuba.

Namun, pengalaman membeli kali ini sedikit berbeza. Pembelian dilakukan sendiri menggunakan kiosk yang disediakan. Nasib baik saya pernah gunakan kiosk tersebut semasa di Melaka dulu. Jadi, proses pembelian berjalan dengan lancar.

Saya beli ayam goreng McD tersebut dengan harga RM 13.49. Tak pastilah harganya masih sama seperti dulu ataupun tak sebab sudah lama saya tidak ke McD.

Jom kita lihat bagaimana rupa ayam goreng McD yang saya beli.

Ayam Goreng McD Regular

Dalam set ayam goreng yang saya beli, terdapat 2 ketul ayam goreng McD biasa, fries bersaiz sederhana dan air. Saya ambil air mineral saja sebab tak nak minum air manis masa tu. 

Dari segi kuantiti, saya sangat berpuas hati dengan pembelian kali ini sebab dapat dua ketul ayam goreng McD yang besar. Sesetengah cawangan akan beri satu ayam bersaiz besar dan satu ayam bersaiz kecil.

Disebabkan ayamnya bersaiz besar, saya mampu habiskan satu je. Satu lagi disimpan dan dimakan kemudian.

Ayamnya rangup dan masih panas lagi ketika saya makan. Sedap dan sesuai untuk sesiapa yang tak makan pedas seperti kanak-kanak. 

Akhir kata, saya suka ayam goreng McD biasa ni. Berbaloi harga yang dibayar dengan rasa dan saiz ayamnya. Menu ini akan menjadi pilihan utama kalau saya pergi ke McD.

*Review ini hanyalah pendapat saya berdasarkan penilaian yang saya buat. Kualiti makanan mungkin berbeza di cawangan McD yang berbeza. Kalau anda ada pendapat sendiri, boleh kongsi di ruangan komen (gunakan perkataan yang positif). 

Baca review yang lain:
Review Apple Pie McD

Comments

  1. pergi McD selalu juga beli ayam sbb jimat boleh makan dgn nasi, lagi kenyang haha. tapi memang selalu terbeli yg pedas je sbb suka pedas. regular belum pernah try

    ReplyDelete
  2. sedap ayam goreng McD ni kan JR :)

    ReplyDelete
  3. Rupa dia ada iras-iras ayam Kepci 🤓

    ReplyDelete
  4. sy suka ayam goreng mcd sbb perapannya agak berasa.. mmg lain sikit rasanya tp anak pulak suka yg spicy.. cmne tu.. haha

    ReplyDelete
  5. Mama selalu makan yg spicy.. sedapp

    ReplyDelete

Post a Comment