Review Oreo McFlurry McD

Hai semua. Walaupun blog TWJ lebih dikenali dengan review KFC, tak salah kan kalau sesekali saya buat review McD. Untuk entri kali ini, saya ingin review Oreo McFlurry McD.

Mula-mula, saya ingatkan nak beli cookies dan cream pie sebab flavour profilenya macam sedap. Tapi dah habis pula. Jadi, saya pun tukar rancangan dan beli Oreo McFlurry dengan harga RM 4.91.

Sebelum ni saya pernah beli salted caramel McFlurry dan rasanya sedap. Oleh itu, saya letakkan jangkaan yang tinggi untuk Oreo McFlurry.

Kalau nak tahu sama ada aiskrim ini menepati jangkaan saya ataupun tidak, pastikan anda baca entri ini sehingga habis😊.

Mari kita lihat rupa Oreo McFlurry McD ini terlebih dahulu.

Oreo McFlurry McD

Dari segi saiz, saiznya sama sahaja seperti McFlurry yang Mcd pernah keluarkan sebelum ini. Bagi saya, memang sesuai untuk seorang makan. Tapi saya kongsi je dengan adik saya memandangkan kami beli makanan lain juga. 

Untuk pengetahuan anda, Oreo McFlurry ini merupakan gabungan aiskrim vanila dan biskut Oreo yang ditaburkan di bahagian atas aiskrim. Aiskrim vanila itu memang sudah sedap rasanya. 

Apabila ditambahkan dengan Oreo, rasanya bertambah sedap. Hal ini kerana biskut tersebut memberikan tekstur tambahan. Kedua-duanya merupakan gandingan yang sesuai.

Kuantiti Oreo pun agak banyak dan terasa Oreo tu dalam setiap suapan. Sekejap je habis aiskrim ni.

Apa-apa pun, Oreo McFlurry ini menepati jangkaan saya dan tidak mengecewakan. Kemungkinan besar saya akan beli lagi kalau teringin nak makan McFlurry.

*Review ini hanyalah pendapat saya berdasarkan penilaian yang saya buat. Kualiti makanan mungkin berbeza di cawangan McD yang berbeza. Kalau anda ada pendapat sendiri, boleh kongsi di ruangan komen (gunakan perkataan yang positif). 

Baca review yang lain:
Review Apple Pie McD


Comments

  1. Suka yg salted caramel. Pernah makan sekali je. McD jarang keluarkan yg salted 🤤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dah cuba. Sedap Mc Flurry salted caramel.

      Delete
  2. Fav Dania ni...tapi semalam dia makan yang Sundae tu dia kata next time dine in je la..delivery selalu dapat eskrem cair..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun kurang suka kalau delivery aiskrim sebab kemungkinan besar aiskrim dah cair.

      Delete

Post a Comment