Review Tealive Cheezy Popcorn Chicken

Hai semua. Pengunjung setia blog TWJ mesti tahu yang saya selalu buat review KFC. Namun, entri hari ini berbeza. Saya akan review Tealive Cheezy Popcorn Chicken.

Sebenarnya, saya ke Tealive untuk beli pearl milk tea. Tapi adik saya nak cheezy popcorn chicken masa tengah order minuman tu. Jadi, kami pun belilah satu. 

Harganya ialah RM 6.90. Adakah berbaloi dengan kualitinya? Mari kita lihat.

Tealive Cheezy Popcorn Chicken

Dari segi pembungkusan, warnanya memang melambangkan Tealive. Cantik warna ungu tu tapi disebabkan pencahayaan, warnanya sedikit berbeza dalam gambar.

Tealive Cheezy Popcorn Chicken

Bagi saya, kuantitinya agak banyaklah. Sos keju pun diberikan dalam kuantiti yang agak banyak. Popcorn chicken Tealive ni bersaiz kecil dan isinya seperti ayam kisar. Bukan seperti popcorn chicken yang saya selalu makan. 

Tapi kalau makan masa panas-panas, memang sedap. Memandangkan staf Tealive masak popcorn chicken tu selepas saya order, popcorn chicken tu masih panas. Susah nak berhenti makan😂.

Saya rasa berbaloi harga RM 6.90 dengan kualiti Tealive Cheezy Popcorn Chicken ni. Ada set kombo juga untuk minuman dan popcorn chicken. Memang kenyang kalau makan seorang diri.

Kalau nak kongsi dengan orang lain, kena beli lebih sikitlah. Saya dan adik-adik pun merasa sedikit seorang je. Risau nak beli banyak sebab pertama kali cuba. Lepas dah cuba, menyesal pula sebab beli satu je. Patutnya beli lebih lagi.

Sebenarnya, saya baru tahu yang Tealive ada jual macam-macam dah sekarang. Sebelum ni, saya ingatkan Tealive hanya jual minuman je. Mungkin sebab dah lama saya tak ke Tealive. Kalau pergi Tealive pun, saya memang tidak tengok menu sebab asyik beli minuman yang sama je😂.

Sampai sini saja untuk entri kali ini. Jumpa lagi nanti.

Comments

  1. Salam ziarah, dan selamat menikmati kelazatan nya ya

    ReplyDelete
  2. lama tak pergi tealive...jarang sekali pergi...mcm sedap ja ayam popcorn tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya selalu pergi masa belajar di universiti dulu sebab ada cawangan yang berdekatan. Sekarang ni dah jarang ke Tealive.

      Delete
  3. Mmg nampak cheesy sgt oo popcorn ayam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cheese memang banyak. Puas hati dengan kuantiti cheese tu.

      Delete

Post a Comment