Resepi French Onion Soup, Sedap Dimakan Bersama Garlic Bread

Hai semua. Kembali lagi dalam perkongsian resepi di The Wonderful Jannah. Dalam entri kali ini, saya kongsikan resepi French onion soup.

Seperti biasa, saya dan adik saya mencuba resepi baru. Memandangkan saya suka makan bawang, kami pun cubalah resepi French onion soup ni.

Jom kita baca resepinya.

Bahan-bahan
2 sudu mentega
6 biji bawang Holland-dihiris nipis
100g campuran sos perang demi glace-dibancuh dengan 1 liter air
Serbuk lada hitam-secukupnya
Lada hitam dicincang-secukupnya

Cara memasak
1. Panaskan periuk dan masukkan mentega. 

2. Setelah mentega cair sepenuhnya, masukkan bawang Holland. Tumis sehingga bawang layu dan berwarna keperangan.

3. Masukkan demi glace. Biarkan sehingga mendidih.

4. Masukkan serbuk lada hitam dan lada hitam yang dicincang.

5. Hidangkan French onion soup bersama garlic bread.

French Onion Soup

Untuk rasa yang lebih sedap, makan sup ni bersama garlic bread. Buat garlic bread dengan menggunakan roti Gardenia pun boleh. Nanti saya letakkan resepinya di bawah.

Bagi saya, proses memasak French onion soup ni lebih mudah berbanding mushroom soup kerana bahan-bahan yang diperlukan mudah untuk diperoleh. 

Kalau anda pernah cuba French onion soup, boleh kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

Sekian sahaja untuk entri ini. Jumpa lagi😊.

Baca resepi yang lain:

Comments

  1. Bestnya..fav akak ni..kalau dpat mushroom soup yg mabeles pun sedap...

    ReplyDelete
  2. Tak pernah cuba lagi French onion soup ini.. nampak mudah nak dibuat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Kak Sha. Agak mudah untuk masak French onion soup ni.

      Delete

Post a Comment