Resepi Potato Salad Yang Mesti Dicuba

Hai semua. Jumpa lagi dalam sesi perkongsian resepi di blog The Wonderful Jannah. Sekarang ni memang saya asyik kongsikan resepi sebab kebetulan saya banyak mencuba resepi baru dengan adik. Dalam entri kali ini, saya kongsikan resepi potato salad.

Semasa belajar di universiti dulu, tiap-tiap tahun mesti akan makan potato salad. Tiba-tiba teringat pula potato salad yang kawan saya pernah buat. Memandangkan adik saya bersetuju untuk cuba buat potato salad sendiri, maka dapatlah saya makan potato salad tahun ni.

Mari kita lihat resepinya.

Bahan-bahan
Kentang-dicuci dan tidak dipotong
Mayones-secukupnya
1 biji bawang merah-dicincang
1/2 biji telur rebus-dicincang
1/2 biji telur rebus-dipotong dua
Serbuk lada hitam-secukupnya
Air perahan lemon-secukupnya
Paprika-secukupnya
Garam-secukupnya
Daun bawang-dihiris

Cara memasak
1. Rebuskan kentang sehingga empuk.

2. Buang kulit kentang dan potong dadu. Ketepikan.

3. Masukkan mayones, bawang merah, telur rebus yang dicincang, serbuk lada hitam, air perahan lemon, paprika dan garam ke dalam satu mangkuk. Gaul hingga sebati.

4. Masukkan kentang yang sudah dipotong dadu lalu gaul hingga sebati.

5. Sejukkan potato salad di dalam peti sejuk selama beberapa jam.

6. Hidangkan potato salad dengan telur rebus dan hirisan daun bawang.

Potato Salad Versi TWJ

Sebenarnya, saya dah makan dulu sebelum simpan dalam peti sejuk😂. Sedap juga rasanya walaupun belum disejukkan. Tapi kalau sudah disejukkan, lebih sedap.

Langkah-langkah untuk membuat potato salad ni tak adalah susah sangat. Tapi memerlukan kemahiran memotong yang bagus supaya potato salad tu nampak cantik.

Memandangkan resepi ni menunjukkan hasil yang baik, memang akan gunakan lagi resepi ni nanti. Seperti biasa, untuk mengelakkan daripada terlupa resepi, saya kongsikan di sini.

Jangan lupa untuk cuba resepi potato salad. Nanti saya kongsikan resepi ni di YouTube juga. Kena cari masa untuk edit video dulu😂.


Baca resepi yang lain:

Comments

  1. Senang! semua ada except these two. lemon yg seangkatan dengannya anddd.. paprika? Haaa mcm sedap ahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap, Kak Aien. Kalau tak de paprika pun boleh je.

      Delete
  2. Aduh!! Sedapnya Jannah.. Sarapan potato salad pun best nie..

    ReplyDelete
  3. Sedapnya.. sihat pun sihat menu ni

    ReplyDelete
  4. menarik menu ni.nanti nak cari kentanglah.

    ReplyDelete

Post a Comment