Resepi Nasi Goreng Daging Kisar

Hai semua. Hari ini saya ingin kongsikan satu lagi resepi nasi goreng, iaitu nasi goreng daging kisar.

Biasanya saya masukkan daging kisar ni untuk resepi spaghetti. Tapi kali ni saya cuba masukkan ke dalam nasi goreng pula.

Jom kita baca resepinya.

Bahan-bahan
Nasi putih-1 mangkuk
Daging kisar
3 ulas bawang putih-diketuk
Lobak merah-dipotong dadu
Brokoli-dipotong
Garam-secukupnya
Serbuk lada hitam-secukupnya
Minyak masak

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang sehingga garing.

2. Masukkan lobak merah lalu biarkan sehingga teksturnya agak lembut.

3. Masukkan daging kisar. Kacau dan biarkan seketika.

4. Masukkan brokoli lalu kacau.

5. Apabila brokoli sudah agak lembut, masukkan nasi dan kacau.

6. Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Kacau hingga sebati.

7. Tutup api dan hidangkan nasi goreng dengan telur mata kerbau dan hirisan timun.

Nasi Goreng Daging Kisar

Dalam resepi ni. saya tak tambahkan cili pun dan sesuai untuk yang tak makan pedas. Tapi kalau anda sukakan nasi goreng yang pedas, bolehlah tambahkan cili.

Timun dan telur mata kerbau tu bahan tambahan je. Tak wajib pun tapi lebih sedap kalau ada kedua-duanya.

Sekian sahaja untuk entri kali ini. Jumpa lagi.

Comments

  1. Menarik juga idea dengan daging kisar ini.. satu kelainan..

    ReplyDelete
  2. First time, Naim daging kisar. hehe. Nanti boleh Naim cuba. :)

    ReplyDelete

Post a Comment