Hai semua. Akhirnya saya berjaya siapkan satu entri baru untuk blog The Wonderful Jannah. Hari ini, saya ingin kongsikan pengalaman saya makan di MyViets cawangan Kuantan.
Restoran ini terletak berhampiran dengan pusat membeli-belah Kuantan City Mall. MyViets terletak sebaris dengan Family Mart dan bersebelahan dengan bank. Kedainya tidaklah terlalu besar tapi cukup selesa dan suasana juga tenang.
Dah lama saya ingin cuba makan di sana tapi asyik tertangguh saja. Sebelum ini saya pernah bungkus makanannya sekali. Tapi kalau makan di restoran mesti lagi best.
Mari kita lihat apa yang saya dan keluarga pesan di MyViets.
Pho Bo Brisket |
Pho Bo Tenderloin |
Rice with Crispy Mango Chicken |
Untuk hidangkan nasi pula, kuantitinya banyak. Hidangan nasi didatangkan dengan telur mata, salad dan keropok. Kedua-dua Crispy Mango Chicken dan Fried Butter Chicken memang sedap. Ayamnya rangup dan banyak. Sangat berbaloi dengan harga. Lagi sedap kalau makan di restoran berbanding bungkus.
Dari segi perkhidmatan, staf sangat efisien dan makanan sampai sangat cepat. Pho Bo dihidangkan lebih kurang 10 minit selepas pesanan dibuat. Hidangan nasi pula sampai lebih kurang selepas 20 minit menunggu.
Sekian sahaja untuk entri lagi. Jumpa lagi😊.
Sedapnya dapat makan Vietnam food, cheq pun teringin nak pekena Pho satu hari nanti 🤤
ReplyDeleteKalau dah cuba Pho, bolehlah CS buat review nanti
Delete