Review Mini Novel Aku Yang Dia Halalkan karya Syamnuriezmil

Hai, peminat-peminat novel.
Hari ini saya ingin membuat review mini novel Aku Yang Dia Halalkan (AYDH) karya Syamnuriezmil. Ini merupakan mini novel ketiga yang saya baca. Mini novel pertama dan kedua saya baca ialah TIMMBF dan DMM. Kalau anda ingin tahu bagaimana saya beli buku ini, boleh baca di entri sebelumnya (klik sini untuk baca). Mini novel ini disertakan dengan penanda buku dan juga poskad tapi saya tidak pasti sama ada memang akan diberi atau hanya ada ketika masa-masa tertentu sahaja. Sebelum saya buat review, seperti biasa mari kita lihat details tentang mini novel ini.

Judul: Aku Yang Dia Halalkan
Penulis: Syamnuriezmil
Genre: Cinta
Tahun terbitan: 2018
Penerbit: The Chapter Bookstore
Harga: RM 20
Mukasurat: 393

AYDH karya Syamnuriezmil

Review:
Saya tertarik untuk membeli mini novel ini apabila membaca sinopsisnya yang menceritakan tentang hubungan antara bos dan PA. Apa yang anda akan lakukan jika bos anda tiba-tiba melamar anda? Setelah lima tahun menjadi PA kepada Umar Kashyi (Kash), Juju Aulia (Ju) dilamar oleh bosnya. Ju begitu setia dengan bosnya kerana dia merupakan pekerja pertama ketika syarikat Kash baru ditubuhkan. Hal ini membuatkan ibu Ju berpendapat bahawa Ju masih belum berkahwin kerana risau tiada siapa yang akan menjaga Kash. Hubungan antara Kash dan Ju baik-baik sahaja ketika status mereka merupakan pekerja dan majikan tetapi apabila mereka bergelar kekasih semuanya berubah.

Pada peringkat awal, Ju dapat melihat sisi romantik Kash. Setelah syarikat ditimpa masalah, semuanya berubah. Masalah yang sering timbul apabila bercinta dengan majikan ialah majikan cenderung untuk menjadi lebih dominan dalam perhubungan dan suka memberi arahan. Apabila saya membaca novel ini, saya dapati bahawa Ju dan Kash sering menggunakan perkataan bermula dengan huruf C sejak mereka bercinta. Untuk cover page, saya merasakan bahawa cover page untuk mini novel ini agak menarik. Tetapi jika dibandingkan dengan TIMMBF, saya akan pilih cover page TIMMBF. Selain itu, harganya juga berpatutan. 

Pengajaran:
- Jangan memilih kerja. Ju menerima tawaran kerja di Syarikat Kash walaupun gaji yang ditawarkan sangat rendah dan tidak cukup jika dibandingkan dengan kelulusannya. Setelah lima tahun dan syarikat juga telah maju, dia menerima bayaran yang sangat lumayan. 
- Tolak ansur dalam perhubungan. Ju dan Kash sepatutnya berbincang secara baik untuk menyelesaikan masalah syarikat tetapi Kash tidak mahu mendengar pendapat Ju lalu menyebabkan Ju ingin memutuskan hubungan mereka.
- Jodoh itu rahsia Tuhan. Walaupun Ju cuba menolak lamaran Kash dengan meletakkan syarat bahawa dia akan berkahwin hanya selepas kakaknya berkahwin, dia tidak berjaya kerana tiba-tiba kakaknya bertemu dengan kekasih lama dan mereka merancang untuk berkahwin.

Secara keseluruhannya saya beri 9.0/10 bintang kepada mini novel ini.

Baca review mini novel yang lain:
-Today I Marry My Best Friend

Comments

  1. Bab memilih kerja tu memang akak sokong.. Zaman sekarang ini memang tak boleh memilih.. Kalau memilih, alamat tak berkerjalah jawabnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Ambil je mana-mana peluang yang ada dulu. Kalau dah jumpa kerja yang kita minat nanti, nak tukar kerjaya tak pe. Yang penting kena cari pengalaman dulu.

      Delete
  2. jika tiada komunikasi yg berkesan dlm hubungan dan tiada tolak ansur memang 'tak lama' hubungan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, susah kalau masing-masing nak ikut kepala sendiri dan tak nak berbincang bila ada masalah.

      Delete

Post a Comment