Novel Baru Bulan Disember

Seperti yang saya katakan dalam entri-entri sebelum ini, saya merupakan peminat novel. Jadi, pada bulan Disember ini saya telah membeli 3 buah novel iaitu Bukan Kahwin Paksa (BKP), Aku Yang Dia Halalkan (AYDH) dan Pulang. Semuanya dibeli secara online. Tapi dalam entri ini saya akan fokus kepada dua buah novel sahaja kerana saya masih belum menerima novel Pulang.

Novel BKP dan AYDH ini saya beli secara terus dengan penulis novel sendiri iaitu Syamnuriezmil. Untuk pengetahuan anda, beliau merupakan penulis novel Isteri Untuk Disewa (IUD) yang telah diadaptasikan kepada drama sekarang. Saya sudah baca novel IUD tapi tidak sempat untuk buat review lagi.

Proses pembelian novel ini sangat mudah dan penghantaran juga cepat. Novel ini dipos pada 4 Disember  dan sampai pada 5 Disember (dalam masa sehari sudah sampai). Postage untuk pembelian dua buah novel ini ialah RM 8 bagi Semenanjung Malaysia. Memandangkan postage  untuk pembelian sebuah dan 2 buah novel adalah sama, saya memutuskan untuk membeli dua buah novel sekaligus.

BKP & AYDH karya Syamnuriezmil beserta free gift 
Perkara yang menarik apabila beli secara terus daripada penulis novel adalah anda akan dapat signature dan free gift. Saya dapat free gift buku nota kecil yang berwarna merah jambu. Rasanya penanda buku seperti yang terdapat dalam gambar memang akan diberi apabila anda membeli novel secara terus daripada penulis.

Setakat ini, novel-novel karya Syamnuriezmil tidak pernah menghampakan. Jadi, saya meletakkan expectation yang tinggi kepada novel yang saya baru beli ini. Saya akan update review untuk kedua-dua novel ini apabila telah selesai baca dan mempunyai kelapangan masa. Kalau ada yang sudah baca kedua-dua novel tersebut, boleh tinggalkan komen anda. 

Comments

  1. tak pernah lagi baca novel-novel ni tapi pulang tengok yang movie punya je. Anyway selamat membaca!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbalik lah kita. Saya tak tengok pun filem pulang.

      Delete
  2. Bestnya dapat signature dari penulis. Kenangan untuk disimpan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh buat koleksi novel. Sejak dah mula membeli, memang susah nak berhenti😂

      Delete
  3. Yup.. Kebanyakkan novel Syamnuriezmil memang tak menghampakan.. Bukan Kahwin Paksa sha dah baca.. Memang menarik.. yang satu lagi tu tak baca lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan kahwin paksa tu novel lama. Yang satu lagi tu baru keluar tahun ni.

      Delete
    2. Ada rezeki nanti nak try beli jugalah dengan Syamnuriezmil nie..

      Delete

Post a Comment