Review Mini Novel Today I Marry My Best Friend karya Syamnuriezmil

Ini merupakan kali kedua saya membuat review novel. Sebelum ini saya ada membuat review tentang novel Yang Lebih Sempurna (klik sini untuk baca). Mini novel Today I Marry My Best Friend (TIMMBF) ini saya beli dan baca bulan lepas tapi baru sekarang sempat nak buat review kerana kesuntukan masa. Novel ini saya beli secara terus dengan penulis novel kerana hanya dijual di kedai buku beliau. Saya tidak dapat mencari novel ini di kedai-kedai buku yang lain. Sebelum kita membuat review tentang novel ini, mari kita tengok details tentang novel ini dulu.

Judul: Today I Marry My Best Friend
Penulis: Syamnuriezmil
Genre: Cinta
Tahun terbitan: 2018
Penerbit: The Chapter Bookstore
Harga: RM 20
Mukasurat: 373

TIMMBF karya Syamnuriezmil

Review:

Dari segi cover page, saya suka warna yang digunakan kerana sama dengan warna cover page novel Mr Grey. Ketika saya membeli novel ini, cover page yang digunakan merupakan design  yang baru. TIMMBF memaparkan kisah persahabatan antara lelaki dan perempuan yang berubah kepada percintaan. Kita seringkali mendengar orang berkata bahawa seorang lelaki dan perempuan tidak mungkin boleh menjadi kawan baik atau best friend forever (bff) tanpa sekurang-kurangnya salah seorang jatuh cinta kepada bff mereka. Di dalam novel ini, kedua-dua watak utama iaitu Usyair dan Qis saling jatuh cinta walaupun pada awalnya Qis menafikan perkara tersebut. Tetapi hubungan percintaan yang bermula daripada persahabatan ini agak rumit kerana mereka sudah terbiasa dengan status bff. Banyak perubahan  yang harus dilakukan untuk menyesuaikan diri. Part  yang paling kelakar adalah apabila Qis tanpa sengaja memberitahu orang lain tentang statusnya dan Usyair akibat cemburu. Hal ini terjadi semasa mereka menghadiri majlis reunion sekolah.  Bagi saya yang minat membaca novel, harga untuk mini novel ini berpatutan. 

Pengajaran:
- Berfikir sebelum bertindak. Qis membuat keputusan terburu-buru untuk memutuskan persahabatannya setelah Usyair memberitahu bahawa dia ingin mengahwini Qis.
- Komunikasi penting dalam sesebuah perhubungan. Keengganan Usyair untuk mendengar penjelasan daripada Qis menyebabkan hubungan mereka agak renggang buat seketika.
- Jodoh itu rahsia Tuhan. Siapa sangka Asyraf yang merupakan jiran Qis akhirnya berkahwin dengan Umairah, adik Usyair.

*Berjaya dalam hubungan sebagai kawan baik tidak menjamin kejayaan dalam hubungan percintaan.

Secara keseluruhannya saya memberi 9.5/10 bintang kepada mini novel ini.

Baca review mini novel yang lain:
-Dating Miss Millionaire

Comments

  1. wah2.. 9.5/10! sudah lama tak baca novel ringan macam ni. boleh juga jadi hiburan di waktu senggang.

    Myra | The Grey Lines Between

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru je start baca mini novel. Pertama kali baca mini novel dari Syamnuriezmil.

      Delete
  2. Owh.. mini novel rupanya.. Cover dia memang menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah mini novel. Buku ni tak sampai 400 muka surat pun.

      Delete
  3. "Berjaya dalam hubungan sebagai kawan baik tidak menjamin kejayaan dalam hubungan percintaan." SETUJU..certain person kita leh mesra as friend not as buah hati hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, sama lah concept dalam pemilihan roomate/housemate. Kadang-kadang ada keserasian sebagai kawan tapi bila jadi housemate/roomate, keserasian tu tak ada.

      Delete

Post a Comment