Hai, semua😊
Hari ni saya akan buat review tentang novel Yang Lebih sempurna karya Umie Liza. Ini merupakan review novel pertama yang saya buat, Jadi, maaf jika terdapat sebarang kekurangan. Novel ni saya beli dan baca bulan lepas tapi baru sekarang nak buat review memandangkan saya baru sahaja mula buat blog. Saya tidak berapa kenal sangat penulis Umie Liza. Rasanya baru pertama kali saya membeli karya beliau. Jadi, saya tak dapat untuk bandingkan novel ini dengan karya beliau yang lain. Sebelum kita bincang lebih lanjut, mari kita tengok details tentang novel ini dulu.
Judul: Yang Lebih Sempurna
Penulis: Umie Liza
Genre: Cinta, Kekeluargaan
Tahun terbitan: 2018
Penerbit: Suara Hati Publication
Harga: RM 27
Mukasurat: 715
Review:
Hari ni saya akan buat review tentang novel Yang Lebih sempurna karya Umie Liza. Ini merupakan review novel pertama yang saya buat, Jadi, maaf jika terdapat sebarang kekurangan. Novel ni saya beli dan baca bulan lepas tapi baru sekarang nak buat review memandangkan saya baru sahaja mula buat blog. Saya tidak berapa kenal sangat penulis Umie Liza. Rasanya baru pertama kali saya membeli karya beliau. Jadi, saya tak dapat untuk bandingkan novel ini dengan karya beliau yang lain. Sebelum kita bincang lebih lanjut, mari kita tengok details tentang novel ini dulu.
Judul: Yang Lebih Sempurna
Penulis: Umie Liza
Genre: Cinta, Kekeluargaan
Tahun terbitan: 2018
Penerbit: Suara Hati Publication
Harga: RM 27
Mukasurat: 715
Cover page |
Sinopsis |
Apabila saya melihat cover page novel ini, saya tidak terus tertarik untuk membelinya. Namun, setelah membaca sinopsisnya, saya memutuskan untuk membeli novel ini, Kisah cinta yang dipaparkan dalam novel ini berbeza berbanding dengan novel-novel yang pernah saya baca sebelum ini. Permulaan novel sahaja sudah memaparkan situasi sedih di Mahkamah Syariah apabila watak utama iaitu Alya Diyana diceraikan oleh suaminya, Syafiq. Walaupun terdapat isu-isu klise seperti menantu yang dibenci oleh ibu mentua, poligami dan isteri yang ditinggalkan oleh suami, tetapi novel ini betul-betul mengangkat tema ketabahan seorang wanita. Tema ini dipaparkan dari awal hingga ke akhir novel. Pembaca dapat melihat bagaimana perjalanan Alya selepas diceraikan sehingga dia bertemu dengan insan baru yang betul-betul menyayanginya dan menghargainya.
Watak yang paling annoying dalam novel ini ialah Azni (madu Alya) dan Datin Fatin (ibu mentua Alya). Saya tidak suka dengan cara Datin Fatin dan Azni yang menggunakan taktik kotor supaya Syafiq menceraikan Alya. Saya tidak faham mengapa Datin Fatin begitu membenci Alya sedangkan dia merupakan seorang menantu yang baik sehingga sanggup berhenti kerja dan merelakan dirinya dimadukan kerana permintaan ibu mentuanya. Alya juga merupakan madu yang baik tetapi disebabkan sifat iri hati dan tamak Azni, Syafiq akhirnya telah membuat kesilapan yang besar dengan melepaskan Alya.
Pengajaran:
- Ketua keluarga memainkan peranan yang penting untuk mendidik ahli keluarganya. Kalau Dato' Nazrims menegur dan menghalang Datin Fatin daripada menghasut Syafiq untuk menceraikan Alya, kemunkinan besar mereka tidak akan bercerai. Dia hanya sedar akan kesilapannya setelah hubungan Azni dan Syafiq bagai retak menanti belah.
- Menerima ketentuan takdir. Syafiq seperti orang gila talak selepas menceraikan Alya dan kerap mendesak Alya untuk rujuk semula. Dia sepatutnya menerima kenyataan bahawa jodohnya dan Alya hanyalah sekejap sahaja.
- Kejujuran amat penting dalam sesuatu perhubungan. Perlakuan Zarif Haikal yang ingin menguji perasaan Alya terhadapnya dengan meminta seseorang menyamar menjadi tunangnya menyebabkan dia hampir kehilangan Alya.
Secara keseluruhannya, saya beri 8.5/10 untuk novel ini. Nantikan review novel seterusnya....
Assalamualaikum.. Terima kasih di atas review yang dibuat untuk novel ini. Izinkan saya share review ini ya..
ReplyDeleteUmie liza..
Sama-sama. Saya izinkan untuk share review ni. Terima kasih sudi baca review yang saya buat😊
ReplyDelete