Review Mini Novel Dating Miss Millionaire karya Syamnuriezmil

Hai, semua.
Setelah sekian lama, saya kembali dengan review novel. Hari ni saya akan membuat review tentang mini novel Dating Miss Millionaire (DMM) karya Syamnuriezmil. Novel ini saya beli secara terus dengan penulisnya. Jadi, ada signature  Syamnuriezmil. Saya telah membeli buku ini pada bulan lepas, bersama-sama dengan mini novel Today I Marry My Best Friend (TIMMBF). Tetapi tidak berkesempatan untuk membuat review lebih awal. Mari kita lihat details  tentang novel ini terlebih dahulu sebelum membaca review.

Judul: Dating Miss Millionaire
Penulis: Syamnuriezmil
Genre: Cinta
Tahun terbitan: 2018
Penerbit: The Chapter Bookstore
Harga: RM 20
Mukasurat: 396

DMM karya Syamnuriezmil

Review:

Bagi saya, cover page DMM agak menarik dan melambangkan seorang Miss Millionaire. Nama yang digunakan untuk watak utama juga sangat unik iaitu, Jelita Adzra. Dalam mini novel ini, kehidupan seorang gadis yang bakal menjadi pewaris harta kedua ibu bapa nya dipaparkan. Kita sering kali mendengar orang berkata hidup sebagai orang kaya sangat best  tetapi berbeza dengan Jelita Adzra. Kehidupannya sebagai Miss Millionaire membuatkan dia harus patuh kepada setiap peraturan yang ditetapkan daripada segi pemakaian, cara berjalan sehingga waktu untuk makan. Namun, kehidupannya berubah setelah dia mengenali seseorang ketika berada di Thailand. Semuanya bermula apabila Jelita meminta PA nya, Zaharah untuk menyamar sebagai dirinya. Tapi kalau dah namanya Miss Millionaire memang susah nak sesuaikan diri dengan kehidupan orang biasa.

Siapa yang biasa baca karya Syamnuriezmil pasti perasan yang sesetengah karya beliau melibatkan hubungan yang tidak baik antara hero dan heroin pada permulaan seperti dalam novel Mr Grey dan Bukan Kahwin Paksa. Perkara ini turut berlaku di dalam DMM. Semasa menyamar sebagai Zaharah, Jelita mengenali Zafran. Dalam masa yang sama dia turut mengejar Zayd kerana tidak mahu kalah dengan musuhnya. Hal ini membuatkan Jelita keliru kerana dia tidak tahu apakah agenda Zayd dan Zafran. Pengakhirannya tidak seperti yang saya jangkakan. 

Pengajaran:
- Berani meluahkan perasaan. Zafran menyimpan perasaan terhadap Jelita sejak dari zaman persekolahan tetapi dia tidak pernah meluahkannya. Apabila mereka bertemu di Thailand, barulah dia mula menunjukkan perasaannya. 
- Jangan terlalu percayakan seseorang. Hubungan Zafran dan Jelita agak renggang kerana Zafran terlalu percayakan Mimi, kawan baiknya. 
-Teruskan berjuang dalam kerjaya yang diminati . Zayd melepaskan peluang untuk menjadi CEO HZH dan memberikan jawatan tersebut kepada Zafran kerana ingin meneruskan minatnya dalam bidang pendidikan.

Secara keseluruhannya saya memberi 8.8/10 bintang kepada mini novel ini.

Baca review mini novel yang lain:
-Aku Yang Dia Halalkan
-Today I Marry My Best Friend

Comments

  1. Menarik reviewnya.. tak berkesempatan lagi nak beli mini novel penulis nie..

    ReplyDelete
  2. Betul tu cantik cover dia. Glamour gitu. Hihi. Menarik2!

    ReplyDelete
  3. mana nak cari novel ni.semalam pergi bookstore cakap novel ni memang tak wujud .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak dijual di kedai buku. Kena beli terus daripada penulis novel. Boleh tengok kat FB The Chapter Bookstore.

      Delete

Post a Comment