Hai semua.
Seperti yang dijanjikan, hari ini saya ingin berkongsi bahagian kedua untuk e-cerpen Kasih Yang Terlerai. Selamat membaca.
Dua tahun kemudian
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Baca e-karya yang lain:
Kan Kutunggu Kau Kembali Prolog
Kasih Yang Terlerai Bahagian 1
Seperti yang dijanjikan, hari ini saya ingin berkongsi bahagian kedua untuk e-cerpen Kasih Yang Terlerai. Selamat membaca.
E-Cerpen: Kasih Yang Terlerai |
Dua tahun kemudian
Aku sungguh teruja untuk berjumpa dengan Kyra kerana sudah
lama kami tidak berjumpa sejak dia berkahwin. Seperti biasa, pusat membeli
belah menjadi pilihan kami disebabkan kami berdua merupakan kaki shopping tetapi bukanlah sampai tahap shopaholic. Setelah lima belas minit
menunggu di Tappers Cafe, aku melihat Kyra melangkah masuk ke kafe ini dengan
wajah yang berseri-seri.
“Diana, rindunya saya pada awak,”kata Kyra sambil memelukku.
“Saya pun rindu awak, Kyra. Orang tu dah kahwin kan, terus
lupa pada kita yang single ni,”jawabku.
Aku saja ingin mengusik Kyra.
“Itulah orang suruh kahwin cepat-cepat tak nak. Kalau nak
saya tolong carikan calon pun boleh. Kawan Alif masih ramai yang single,” ujar Kyra sambil tertawa.
“Apa kata kita order makanan
dulu? Lepas ni, baru kita berbual dan ‘membawang’,”kataku kerana aku tahu
apabila kami berjumpa memang akan bercakap tanpa henti. Malah, kami pernah
berbual di tepi jalan selama satu jam ketika aku terserempak dengan Kyra yang
keluar makan bersama suaminya, Alif.
Setelah kami memesan makanan, aku menanti apa yang ingin
disampaikan oleh Kyra. Ketika dia menelefonku beberapa hari yang lalu, dia
mengatakan ada sesuatu yang ingin diberitahu.
“Diana, saya ada berita gembira nak beritahu awak,”
“Apa dia? Cepatlah beritahu. Saya tertanya-tanya sejak awak
telefon beberapa hari lepas tapi masih tak dapat agak apa yang awak nak
beritahu,”kataku dengan keterujaan yang terserlah di wajah.
“Sebenarnya, awak akan jadi aunty tak lama lagi sebab…,”Belum sempat Kyra menghabiskan ayatnya,
aku terus menjerit kegembiraan.
“Dah berapa bulan? Tak sabarnya nak tunggu baby ni keluar.”
“Baru masuk dua bulan. Sebelum ni, Alif minta rahsiakan dulu
tentang hal ni. Sebenarnya, saya ada benda nak cerita pada awak Diana. Saya
rasa sepupu Alif yang sama-sama bekerja di syarikat ayah Alif ada niat tak
baik. Saya risau dia akan buat perkara yang tidak baik kepada kami kerana
harta. Dari segi luaran, dia nampak baik tapi saya ada terdengar cerita yang
keluarga dia pernah dihalau oleh datuk Alif dan ibunya berdendam dengan atuk.”
“Tak baik bersangka buruk pada orang, Kyra. Lagipun dia kan
saudara Alif. Kita doakan yang baik-baik saja. Mudah-mudahan awak dan Alif
sentiasa dalam lindungan-Nya. Ada apa-apa yang pelik terjadi ke?”
“Beberapa minggu ni, saya rasa ada orang yang ikut saya.
Walaupun tak ada perkara buruk yang terjadi, tapi saya masih risau tentang
keselamatan kami,” kata Kyra.
“Memandangkan saya sedang mencari kerja sekarang, apa kata
saya minta kerja di syarikat keluarga Alif? Mana tahu saya boleh dapatkan
apa-apa maklumat tentang sepupu Alif tu.”
“Sekejap, bukan awak terus dapat kerja ke selepas graduasi?
“
“Sebenarnya saya dah berhenti kerja bulan lepas sebab tak
tahan dengan sikap rakan sekerja kat syarikat yang saya kerja sebelum ni. Saya
selalu kena siapkan kerja orang lain dan kerja lebih masa tapi syarikat tak
bayar untuk overtime. Jadi, saya
putuskan untuk berhenti kerja dan cari kerja lain. Saya dah hantar beberapa
permohonan ke beberapa buah syarikat. Sekarang ni saya tengah tunggu panggilan
untuk temuduga.”
Setelah tiga jam berbual, aku
dan Kyra mengambil keputusan untuk pulang. Aku tekad untuk mendapatkan kerja di
syarikat milik keluarga Alif untuk merungkai misteri tentang sepupu Alif.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sungguh letih rasanya hari ini kerana seharian aku mengikut bos menghadiri mesyuarat di syarikat client. Sejak menggalas tanggungjawab sebagai setiausaha kepada Encik Adam lima bulan yang lalu, hari-hariku sentiasa dipenuhi dengan mesyuarat dan perbincangan tentang projek syarikat. Pada awalnya aku curiga dengan Encik Adam apabila mendengar cerita daripada Kyra. Namun, apabila aku bekerja dengannya, tiada perkara yang mencurigakan dan dia melayan aku dengan baik sekali. Sehingga sekarang, aku masih tidak dapat mencungkil rahsia keluarganya.
Sungguh letih rasanya hari ini kerana seharian aku mengikut bos menghadiri mesyuarat di syarikat client. Sejak menggalas tanggungjawab sebagai setiausaha kepada Encik Adam lima bulan yang lalu, hari-hariku sentiasa dipenuhi dengan mesyuarat dan perbincangan tentang projek syarikat. Pada awalnya aku curiga dengan Encik Adam apabila mendengar cerita daripada Kyra. Namun, apabila aku bekerja dengannya, tiada perkara yang mencurigakan dan dia melayan aku dengan baik sekali. Sehingga sekarang, aku masih tidak dapat mencungkil rahsia keluarganya.
“Diana, awak tak balik ke? Dah habis waktu pejabat ni,” kata
Encik Adam.
“Eh, bos. Dah lama ke berdiri kat situ?”
“Nak kata lama, tak ada lah lama sangat tapi sempatlah saya
tengok awak termenung.”
“Sebenarnya saya nak kemas barang, bos. Sekejap lagi saya
balik. Saya nak tengok jadual bos dulu. Mana tahu ada mensyuarat penting esok,”
ujarku sambil tersenyum.
“Macam-macamlah awak ni, Diana. Saya tak pernah lagi ada
pekerja macam awak ni. Setiausaha saya sebelum ni memang balik ontime. Kadang-kadang 30 minit sebelum
tamat waktu kerja, dia dah sibuk kemas barang untuk balik. Tak perlu risau
tentang mesyuarat. Kalau ada apa-apa yang penting, awak Whatsapp saja saya. Hari-hari nak Whatsapp pun tak apa. Saya balik dulu ya. Jumpa esok,” kata Encik
Adam sambil tersenyum.
Aku seakan-akan tidak percaya dengan apa yang aku dengar
sebentar tadi. Mustahil Encik Adam berkata begitu. Tidak mungkin dia suka pada
aku. Tapi aku suka pada dia ke? Tidak, tidak, tidak. Aku tak boleh biarkan
cinta mengganggu tujuan aku ke syarikat ni. Aku bekerja di sini untuk
mengetahui sama ada Encik Adam mempunyai niat jahat terhadap keluarga Kyra. Jangan-jangan
dia sudah tahu tujuan aku ke sini dan cuba mengalihkan perhatianku.
Setelah mengambil barang-barang yang perlu dibawa pulang,
aku terus berjalan menuju ke tempat parkir kereta. Ketika aku ingin membuka
pintu kereta, telefon pintaku berdering.
“Helo auntie, kenapa
tiba-tiba telefon Diana?” Agak aneh apabila ibu mentua Kyra menelefon.
“Auntie harap
Diana dapat bersabar dan dengar betul-betul apa yang Auntie nak sampaikan. Kyra dan Alif kemalangan. Sekarang ni Auntie dan Uncle kat KJMC. Kalau Diana dah habis kerja, boleh lah datang ke
sini.”
Air mataku terus gugur apabila mendengar berita itu. Aku
bergegas ke hospital kerana ingin tahu tentang keadaan Kyra. Tambahan pula,
kandungannya sudah mencecah 8 bulan. Semasa perjalanan ke hospital, aku tidak
putus-putus berdoa agar Kyra dan Alif dapat diselamatkan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sungguh hiba rasanya apabila menghadiri majlis pengebumian
rakan baikku. Tidak kusangka Kyra akan pergi meninggalkan aku secepat ini.
Rasanya baru semalam aku mengenalinya sebagai roommateku.
“Sudahlah, Diana. Marilah kita balik. Mesti Alia dah tunggu
Diana datang melawat dia,” kata Datin Aminah, ibu mentua Kyra.
“Baiklah, Auntie. Sekejap
lagi Diana pergi ke kereta,” jawabku sambil mengelap air mata yang jatuh
membasahi pipi.
Aliya Erisa merupakan anak Kyra dan Alif yang dilahirkan
tidak cukup bulan. Hanya dia sahaja yang dapat diselamatkan. Aku telah
diamanahkan oleh Kyra untuk menjaga anaknya seperti anakku sendiri.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Setelah berfikir selama beberapa hari, aku mengambil
keputusan untuk memberitahu Auntie Aminah
tentang niatku untuk menyusukan Alia. Aku merasakan hubunganku dengan Alia akan
lebih terjamin jika aku menjadi ibu susuannya. Tambahan pula, aku ingin membuat
permohonan untuk menjadikannya sebagai anak angkatku. Aku risau jika ibu tiri
Kyra mengambil Alia daripadaku. Aku tahu dia pasti tidak akan melepaskan
peluang untuk mendapatkan harta daripada keluarga mentua Kyra kerana Alia
merupakan satu-satunya pewaris harta Alif.
“Auntie, boleh tak
Diana nak cakap sesuatu tentang Alia?”
Auntie Aminah yang sedang membaca
majalah, terus meletakkan majalah tersebut ke atas meja. “Kan Auntie dah cakap dengan Diana, panggil
mama saja. Lagipun mama dah anggap Diana macam anak mama sendiri. Sejak Kyra
dan Alif pergi, Diana lah satu-satunya anak yang mama ada,”kata mama.
“Baiklah, mama. Diana akan cuba, bukan senang nak tukar
panggilan tu dalam sekelip mata. ”
“Apa yang Diana nak cakap tentang Alia?”
“Diana rasa Diana nak susukan Alia supaya dia jadi anak
susuan Diana. Lagipun Kyra dah amanahkan Diana untuk jaga Alia. Cuma Diana
risau tentang Mak Cik Laila sebab dia cakap dia nak dapatkan hak penjagaan
untuk Alia. Kalau dia ikhlas untuk jaga Alia, Diana tak kisah tapi disebabkan
Diana tahu macam mana sikap mak tiri Kyra tu, Diana jadi risau.”
“Terima kasih banyak-banyak, Diana. Untung Kyra ada kawan
baik macam Diana ni. Mama akan tanya Doktor Atira tentang perancangan Diana
untuk susukan Alia. Tentang hak penjagaan Alia, mama akan bincang dengan Encik
Nazmi, peguam keluarga kita. Lagipun Alia ada surat yang ditinggalkan oleh
Kyra. Tak kira apa pun yang terjadi, kita akan berjuang habis-habisan untuk dapatkan
hak penjagaan tu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Akhirnya hari yang dinantikan telah tiba. Hari ini aku akan
mendapat tahu tentang hak penjagaan untuk Alia. Walaupun aku belum dapat
membuat permohonan untuk menjadikan Alia sebagai anak angkatku,
sekurang-kurangnya aku telah pun menjadi ibu susuannya. Aku berharap keluarga
mentua Kyra yang mendapat hak penjagaan tersebut kerana aku tidak mahu hidup
Alia terseksa jika dia tinggal dengan Mak Cik Laila.
“Diana, awak dah bersedia ke untuk dengar keputusan para
hakim sebentar lagi?” tanya Encik Adam.
“Eh, Encik Adam pun datang ke mahkamah hari ni.” Aku berasa
pelik kerana Encik Adam juga berada di situ. Setahu aku dia ada mesyuarat untuk
kerjasama dengan sebuah syarikat yang akan bermula tidak lama lagi.
“Mestilah saya datang sebab Alia tu kan ahli keluarga saya
juga. Dia bukan anak awak seorang tapi anak saya juga. Kebetulan pula Datuk
Zaid batalkan mesyuarat pagi ni. Lagi satu saya nak cakap. Kalau kat luar
pejabat atau dah habis waktu pejabat, panggil saya Adam saja. Tak perlu letak
perkataan ‘encik’ tu dekat depan nama saya.”
Baru sahaja aku ingin meneruskan bicaraku dengan Encik Adam,
kami semua diminta masuk ke dewan mahkamah. Aku sungguh berdebar-debar
menantikan keputusan untuk hak penjagaan Alia.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tidak sia-sia usaha aku dan mama untuk mendapatkan hak
penjagaan ke atas Alia. Syukurlah, kemenangan berpihak kepada kami. Namun, Mak
Cik Laila seperti tidak berpuas hati dengan keputusan para hakim. Nampaknya dia
akan cuba mencari jalan untuk mendapatkan hak penjagaan tersebut.
Suasana di luar mahkamah agak kecoh kerana Mak Cik Laila
menyerangku. Dia tetap dengan pendirian untuk mendapatkan hak penjagaan Alia.
“Kau jangan ingat semua ini dah selesai, Diana. Aku akan
pastikan Alia jadi milik aku. Kau dan keluarga si Alif tu tak layak. Sepatutnya
keluarga sebelah ibu yang dapat hak penjagaan tersebut,” kata Mak Cik Laila
dengan rasa tidak puas hati.
“Saya minta tolong sangat dengan, mak cik. Janganlah buat
kecoh di sini. Mak cik kena ingat yang mak cik hanyalah ibu tiri Kyra. Secara
biologinya, Alia dan mak cik langsung tiada pertalian darah. Datin Aminah dan
Datuk Azlan ialah waris terdekat Alia dan mereka yang paling layak untuk
mendapat hak penjagaan keatasnya”, jawabku.
Mak Cik Laila terdiam dan terus meninggalkan perkarangan
mahkamah bersama anak tunggalnya. Ketika berjalan menuju ke kereta, kata-kata
Mak Cik Laila masih terngiang-ngiang di telingaku. Jangan risau sahabatku,
Kyra. Aku akan pastikan anakmu selamat bersamaku dan keluarga mentuamu. Selagi
aku masih bernyawa, akan kupastikan kasih antara kami tidak akan terlerai
seperti mana kasihku dan ayahku terlerai. Aku tidak mahu Alia hidup dalam
keluarga yang porak-peranda sepertiku.
*Terima kasih kerana sudi membaca karya saya. Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen yang positif dan membina supaya saya dapat membaiki cara penulisan untuk karya-karya yang akan datang.
Baca e-karya yang lain:
Kan Kutunggu Kau Kembali Prolog
Kasih Yang Terlerai Bahagian 1
Lebih baik jadikan sebagai PDF . Dan sharing link download ( upload di mediafire sebagai contoh). Senang pembaca nak baca. hehe. sekadar cadangan sahaja :)
ReplyDeleteTerima kasih atas cadangannya, Naim😊.
DeleteSama-sama :)
Deleteterbaek. Goodluck.. :)
ReplyDeleteTerima kasih, Ejulz.
DeleteAda bakat menulis. Boleh diasah lagi ni mana tahu nnt boleh jd penulis novel. Hehe :)
ReplyDeleteBanyak lagi kena belajar sebelum boleh jadi penulis novel😂.
Delete