Hai semua.
Baca e-karya yang lain:
Kan Kutunggu Kau Kembali Prolog
Sebelum ni saya ada publish entri tentang e-novel Kan Kutunggu Kau Kembali. Sambungannya akan saya letak di blog tidak lama lagi. Sementara menunggu sambungan untuk e-novel tersebut, mari baca e-cerpen pertama yang saya hasilkan, iaitu Kasih yang Terlerai. Cerpen ini ada beberapa bahagian dan saya akan update secara berperingkat. Selamat membaca.
E-Cerpen: Kasih yang Terlerai |
Aku bernama Diana Erisa, seorang gadis yang berusia 22 tahun
dan berada di tahun akhir pengajian di sebuah universiti awam di Malaysia. Hidupku
tidak seperti orang lain kerana aku dibesarkan dalam sebuah keluarga yang
berpecah-belah. Kedua ibu bapaku berpisah ketika aku masih di sekolah rendah.
Aku masih ingat bagaimana teruknya pertengkaran antara kedua
ibu bapaku sehingga terjadinya perceraian tersebut. Semuanya berpunca daripada
ayah yang menjalinkan hubungan dengan rakan sekerjanya. Disebabkan ibu tidak
mahu bermadu, ibu mengambil keputusan untuk berpisah dengan ayah. Sejak detik
perpisahan tersebut, aku tidak pernah lagi berjumpa ayah. Kata ibu, ayah sudah
bahagia bersama pilihan hatinya.
Namun, ibu juga telah pergi meninggalkanku setelah 8 bulan
disahkan menghidap kanser payudara. Kepergiaan ibu juga disertakan dengan
permintaan yang harus aku tunaikan, iaitu aku harus mencari ayah. Ibu meminta
aku memberitahu ayah bahawa ibu telah memaafkan segala kesalahan ayah dan
berharap ayah juga begitu.
“Diana, apa yang awak sedang fikirkan? Awak teringat arwah
ibu awak ya?”tanya Kyra, roommateku.
Dia baru sahaja pulang daripada latihan perbahasan. Walaupun aku juga berada
dalam pasukan yang sama, tetapi aku tidak hadir untuk latihan pada hari ini
kerana aku diserang gastrik pada pagi tadi.
“Ya, Kyra. Tak lama lagi kita akan graduate dan kita akan berpisah. Mesti saya akan sunyi sebab
awaklah satu-satunya keluarga yang saya ada sekarang. Sejak ibu meninggal, saya
tiada sesiapa lagi,”Aku gagal mengawal emosi lalu air mataku gugur ketika
bercakap dengan Kyra. Hatiku mudah terusik apabila bercakap tentang ibu.
“Awak janganlah risau. Ayah awak masih hidup, Diana.
Pergilah cari dia selepas kita habis belajar. Mungkin dia juga tercari-cari
awak sekarang ni. Lagipun itu kan permintaan terakhir arwah ibu awak. Saya
sentiasa ada di sisi awak ketika susah dan senang,”
“Buat apa saya perlu cari dia lagi? Disebabkan dialah saya
dan ibu hidup menderita. Kami hidup dengan mengharapkan belas kasihan orang
lain. Hidup kami betul-betul susah sehingga ibu tidak mampu untuk dapatkan
rawatan bagi penyakit kansernya,” Aku memang benar-benar kecewa apabila
mengetahui bahawa ayah lebih memilih rakan sekerja yang tiada apa-apa hubungan
yang sah dengannya daripada ibu yang merupakan isterinya yang sah dan aku yang
merupakan darah dagingnya.
“Jangan macam tu, Diana. Saya tak nak awak jadi anak
derhaka. Tak kiralah macam mana buruk pun sikap dia, dia tetap ayah awak. Mesti
ada sebab arwah ibu awak minta awak cari ayah awak. Sebagai seorang perempuan,
awak perlukan ayah awak sebagai wali untuk pernikahan awak nanti,”
“Terima kasih untuk segala
nasihat yang awak beri Kyra. Saya akan cuba yang terbaik untuk melupakan apa
yang terjadi dan memaafkan ayah saya. Saya perlukan masa untuk menerima semula
ayah dalam hidup saya.”
*Harap-harap ada penambahbaikan daripada segi penulisan. Sesiapa yang sudah baca e-novel Kan Kutunggu Kau Kembali, dipersilakan beri pendapat anda. Kepada yang baru follow blog ni pun, dialu-alukan untuk berbuat demikian.
*Harap-harap ada penambahbaikan daripada segi penulisan. Sesiapa yang sudah baca e-novel Kan Kutunggu Kau Kembali, dipersilakan beri pendapat anda. Kepada yang baru follow blog ni pun, dialu-alukan untuk berbuat demikian.
Baca e-karya yang lain:
Kan Kutunggu Kau Kembali Prolog
selamat menulis sis... n salam kenal :)
ReplyDeleteTerima kasih. Salam perkenalan juga😊
Deletehebat ...ada bakat dalam genre cerpen
ReplyDeleteTerima kasih, Mr Hanafi. Saya masih baru lagi dalam bidang penulisan ni.
Deleteterbaek.. selamat berkarya :)
ReplyDeleteTerima kasih, Ejulz.
Delete