Review Mini Novel Jangan Bising Karya Syamnuriezmil

Hai semua pencinta novel.
Pada bulan Februari yang lalu, saya telah membeli karya terbaru daripada penulis Syamnuriezmil, iaitu sebuah mini novel. Namun, disebabkan saya sibuk dengan final exam, saya terpaksa menangguhkan hasrat untuk membacanya. Seperti biasa, apabila membeli buku secara terus dengan Syamnuriezmil, pastinya ada free gift.

Selain membeli novel, saya juga membeli t-shirt yang dikeluarkan bersama novel ini. Sudah semestinya t-shirt tersebut mempunyai petikan kata-kata daripada novel seperti novel KM sebelum ini. Saya rasa peminat novel-novel Syamnuriezmil pasti menyedari hal ini. Harga t-shirt adalah RM 20. Jadi, apabila ditambah dengan kos Pos Laju, semuanya adalah RM 48. Memandangkan ada yang bertanya sebelum ini tentang mini novel karya Syamnuriezmil, saya ingin membuat penjelasan. Mini novel beliau diterbitkan sendiri dan tidak dijual di kedai buku. Oleh itu, tidak perlulah cari di kedai buku. Tunggu apa lagi. Marilah baca review mini novel ini.

Jangan Bising karya Syamnuriezmil

Judul: Jangan Bising
Penulis: Syamnuriezmil
Genre: Cinta, kekeluargaan
Tahun terbitan: 2019
Penerbit: The Chapter Bookstore
Harga: RM 20
Mukasurat: 376

Review:
Mini novel ini mengisahkan tentang Ines Soraya, seorang anak yatim piatu yang tinggal bersama datuknya. Bagi saya, namanya sangat unik. Semuanya bermula apabila perpustakaan, tempat Ines bekerja menerima kunjungan Iskander Suffian. Trademark  Iskander ialah "with E and double F". Iskander ni digelar sebagai Abang Sky oleh Ines dan rakan sekerjanya, Dania kerana dia seorang juruterbang.

Tidak lama kemudian, datuk Ines mula merancang untuk menjodohkan Ines dengan anak kepada anak angkatnya merangkap "menantu tak jadi". Disebabkan tidak mahu mengecewakan datuknya, Ines mengatakan bahawa dia akan berkahwin dengan jejaka yang dipanggil Boy itu jika mereka berjumpa sebanyak 3 kali. Cuma masalahnya setiapa kali perjumpaan, bukan Boy (Abang Kafe) yang datang tapi Abang Sky yang muncul.  Saya pun berasa hairan kenapalah Abang Kafe ni macam nak sembunyikan diri daripada Ines.

Hati Ines berbelah bahagi sama ada dia harus memilih Abang Kafe atau Abang Sky. Dia juga curiga bahawa mereka berdua adalah orang yang sama. Jadi, Dania bertindak sebagai James Bond untuk menyiasat hal tersebut. Babak yang paling kelakar apabila Dania menunjukkan bukti bahawa Abang Kafe ialah Syaitan yang pernah membuli Ines ketika zaman persekolahan.

Ines tidak mahu meneruskan rancangan perkahwinannya dengan Abang Boy tetapi datuknya pula ingin mempercepatkan majlis pertunangan dan mengingatkan dia agar tetap meneruskan rancangan tersebut tidak kira apa pun yang berlaku. Akhirnya, Ines tetap meneruskan pertunangannya kerana sesuatu telah terjadi kepada datuknya dan dia ingin mengembirakan datuknya. Pada hari pertunangan itu juga, terbongkar tentang siapa sebenarnya tunang Ines.

Mini novel ini berakhir dengan babak yang sedih. Pada awalnya, saya memang menjangkakan pengakhiran yang gembira. Namun, apabila saya membaca beberapa bab terakhir, saya dapat merasakan bahawa pengakhirannya bakal menjadi sedih.

Salah satu perkara yang menarik dalam mini novel ini ialah penggunaan tajuk-tajuk buku ketika Ines berhubung dengan Abang Kafe dan Abang Sky. Tidak sangka rupanya banyak tajuk novel yang dapat dikaitkan dengan situasi semasa dalam kehidupan kita. Menurut Syamnuriezmil, terdapat 40++ tajuk buku yang digunakan dalam mini novel ini. Nampaknya banyak kajian yang dilakukan oleh beliau semasa menulis buku ini. Kepada pencinta buku, mini novel ini memang sesuai untuk anda. 

Pengajaran:
- Kasih sayang antara keluarga. Kasih sayang antara Ines dan datuknya dipaparkan dalam novel ini. Datuk Ines sanggup berpindah daripada Sungai Petani ke Ipoh setelah kedua-dua ibu bapa Ines meninggal dunia.  
- Berfikir sebelum bercakap. Ketika bercakap tentang wali, Ines tercakap sesuatu yang telah mengguris hati datuknya sehingga datuknya merajuk. 
- Jujur dalam perhubungan. Tunang Ines seharusnya memperkenalkan dirinya sejak dari awal dan bukannya berterusan menyembunyikan diri.

Secara keseluruhannya saya ingin beri 9.3/10 bintang kepada novel ini Saya beri kurang sikit bintang sebab lama sangat nak tunggu tunang Ines muncul😂.

Baca review mini novel yang lain:
-Aku Yang Dia Halalkan
-Today I Marry My Best Friend
-Dating Miss Millionaire

Comments

Post a Comment