Tips Nak Score Untuk Add Math SPM

Hai adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan SPM. Bagi yang berada dalam aliran sains, akak percaya subjek yang paling ditakuti ataupun killer subject biasanya memang add math/matematik tambahan. Memandangkan peperiksaan percubaan akan diadakan dalam tempoh beberapa bulan saja lagi, mesti adik-adik nak cuba dapatkan markah yang lebih baik berbanding peperiksaan yang lepas. Jadi, akak akan kongsikan sedikit tips yang akak sendiri amalkan.

1. Pupuk minat terhadap add math
Perkara utama yang dapat membuatkan kita terus bersemangat adalah minat terhadap add math. Dengan adanya minat, adik-adik akan terus berusaha dan tidak mudah mengalah walaupun keputusan peperiksaan untuk subjek add math tidak begitu bagus. Tolong buang persepsi bahawa "add math itu susah". Sebagai seorang manusia biasa, sememangnya minat/cinta itu dapat mempengaruhi apa yang kita lakukan. Kalau kita minat sesuatu, kita akan letak usaha yang lebih.

2. Cari kawan yang sama-sama nak perbaiki gred add math
Mempunyai persekitaran yang baik amat penting untuk memperbaiki pencapaian pembelajaran. Adik-adik boleh buat study group  dengan kawan-kawan yang ada masalah juga dengan add math. Boleh ajak mereka untuk sama-sama berjumpa cikgu. Apabila ada persaingan sihat, kita sebenarnya akan lebih bersemangat untuk belajar. Kalau nak buat study group  dengan yang pakar dalam add math, boleh je cuma adik-adik mungkin akan mengalami kesukaran untuk catch up sebab mereka akan lebih pantas dalam menyelesaikan sesuatu soalan. Hal ini boleh menyebabkan adik-adik rasa down  kerana tak mampu menjadi seperti mereka.

3. Buat soalan SPM tahun-tahun lepas
Salah satu cara terbaik untuk score add math adalah dengan perbanyakkan buat latihan berdasarkan soalan SPM tahun-tahun lepas. Adik-adik boleh mengetahui bentuk soalan dan lebih memahami konsep dalam add math apabila membuat banyak latihan. Formula dan konsep asas dalam add math adalah sama cuma nombornya ditukar. Kalau adik-adik sudah faham konsepnya, mesti boleh jawab soalan add math dengan betul.

4. Buat latihan setiap hari
Untuk mengelakkan adik-adik terlupa apa yang sudah dipelajari, pastikan adik-adik membuat latihan add math setiap hari. Satu atau dua soalan setiap hari pun sudah mencukupi sebab adik-adik tak boleh abaikan subjek lain juga. Kalau ada soalan yang tidak berjaya diselesaikan, tanya kawan atau cikgu. Masa nak dekat SPM, sekolah akak bahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan supaya setiap cikgu add math mengajar 3 atau 4 pelajar je. Memang otak sampai tepu buat latihan add math. Walaupun tak sihat, tapi tetap gigih ke sekolah sebab tak nak terlepas kelas add math tu.

5. Jaga hubungan dengan ibu bapa
Dalam hidup kita, doa dan restu ibu bapa amatlah penting. Jadi, pastikan adik-adik menjaga hubungan dengan ibu bapa. Jangan buat apa yang mereka tak suka dan sentiasa cuba untuk menggembirakan hati mereka. Sentiasa minta ibu bapa untuk doakan kejayaan adik-adik walaupun mereka memang tetap akan doakan untuk anak-anak mereka tanpa dipinta.

6. Jaga hubungan dengan guru
Selain hubungan dengan ibu bapa, hubungan dengan guru juga harus dijaga. Jangan buat sesuatu yang menyebabkan seseorang cikgu tu terasa hati. Contohnya, kalau adik-adik tak faham apa yang cikgu tu ajar, adik-adik boleh bertanya cikgu lain tapi jangan depan-depan cikgu tu. Mesti cikgu tu akan kecil hati sebab adik-adik tak tanya dia. Bagi yang pergi tuisyen add math di luar, jangan bandingkan cara cikgu di sekolah dan cikgu tuisyen mengajar. Kalau nak ikut cara cikgu tuisyen mengajar tak apa, tapi janganlah cakap kat cikgu di sekolah yang cara cikgu tuisyen lebih mudah difahami atau lebih baik.

7. Jangan kedekut ilmu
Akak pegang kepada prinsip "kita permudahkan urusan orang lain untuk buat kebaikan, Tuhan permudahkan urusan kita". Apabila ada orang minta tolong untuk ajar add math, walaupun gred add math akan pun  tak menentu, akak tetap bantu sebaik yang boleh. Adik-adik jangan ada persepsi bahawa kalau adik-adik ajar kawan, kawan adik-adik akan lebih pandai. Sebenarnya, apabila kita mengajar, kita akan lebih memahami apa yang kita ajarkan. Orang pun akan doakan kejayaan kita disebabkan pertolongan yang kita hulurkan.

Terus-terang akak katakan bahawa akak tidak mengikuti mana-mana tuisyen di luar sekolah. Semua kelas tambahan/seminar yang akak sertai adalah dianjurkan oleh pihak sekolah. Bukan nak kata tak boleh pergi tusiyen di luar cuma lebih baik utamakan kelas tambahan yang dibuat oleh pihak sekolah. Tak mustahil ada yang ponteng kelas tambahan sebab nak pergi tuisyen di luar. Jadi, ini sudah tidak menepati tips yang keenam.

Akak tak boleh bagi jaminan yang adik-adik akan dapat A+ untuk add math kalau ikut tips ni. Tapi tak salah untuk kita cuba.  Tips di atas memang terbukti berkesan  untuk naikkan gred akak bagi subjek add math daripada selalunya dapat B dan pernah juga dapat E kepada A semasa peperiksaan SPM. Selamat mencuba dan semoga berjaya score untuk subjek add math.

Baca tips lain:

Comments

  1. Best semua tipsnya. Add math ni memang kena selalu buat latih tubi everyday. And kena master jenis soalan exam. InshaAllah A+ dalam tangan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Bila dah faham bentuk soalan, senang je nak score.

      Delete
  2. Yang penting usaha, tawakhal dan jangan lupa solat..done follow...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu👍🏻. Terima kasih sudi follow blog ni. Nanti saya buat kunjungan balas😊.

      Delete
    2. Makasih sudi follow...sy blogger baru ja ni...nanti ble lah ajar2 saya kan..tq lagi...

      Delete
    3. Sama-sama😊. Saya pun masih belajar. Tak sampai setahun pun lagi dalam dunia blogging😅. Sama-samalah kita berkongsi ilmu. Boleh lihat di entri dengan tag blogging tip.

      Delete
  3. Terbaik tips Jannah. Buat soalan past year tu always a good tip! So that kita nmpk pattern soalan nnt mcm mana dlm exam kan. Hehe. Smpai uni pun still berguna tips yg tu. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah. Sampai ke uni amalkan tips tu. Past year questions memang wajib buat.

      Delete
  4. My favourite subject tapi mmg susah la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun minat math tapi menangis jugaklah sebab add math susah sangat. Tapi disebabkan minat, sentiasa cuba untuk perbaiki result add math.

      Delete
  5. dulu belajar ADD math susah betul nak faham..nasib baik la lulus hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa yang lulus add math walaupun tak dapat A, dah dikira sebagai hebat. Memang happy dan bersyukur sangat kalau dapat lulus add math.

      Delete
  6. Suka add Math, tapi subjek yang agak kritikal jugak. Latih tubi tu penting. Bagus sangat tips untuk adik2 yang nak SPM nanti ;)

    ReplyDelete

Post a Comment