Tips Nak Score Untuk Sejarah SPM

Seperti yang kita ketahui, subjek sejarah merupakan salah satu subjek wajib lulus untuk SPM. Mungkin ada yang ingin mendapatkan keputusan yang lebih baik untuk subjek sejarah tetapi tidak tahu bagaimana ingin melakukan langkah pertama. Jadi, akak akan kongsikan sedikit tips yang akak sendiri amalkan.

1. Pupuk minat terhadap sejarah
Tolong buang persepsi bahawa "sejarah itu membosankan". Sebagai permulaan, adik-adik boleh fokuskan kepada bab yang mudah ataupun bab yang adik-adik rasakan lebih menarik. Apabila sudah timbul rasa minat terhadap subjek sejarah, barulah adik-adik beralih kepada bab lain pula.

2. Baca buku teks sejarah berulang kali
Ada orang pernah cakap yang kalau kita baca buku teks sejarah dari bab satu hingga bab akhir untuk beberapa kali (tak ingat berapa kali), kemungkinan untuk dapatkan keputusan yang baik sangat tinggi. Kebiasaannya, akak akan baca dari bab 1 hingga bab lain yang bakal diuji dalam peperiksaan. Sepanjang tingkatan 4 dan 5, akak dah habiskan buku teks sejarah tingkatan 4 sekurang-kurangnya 3 kali.

3. Cari kawan yang boleh bercerita
Jika adik-adik merupakan seorang yang tidak suka membaca, adik-adik boleh minta kawan untuk ceritakan isi kandungan buku teks sejarah. Cuba cari kawan-kawan yang sudi menceritakan apa yang mereka faham dalam sesuatu bab. Dengan menggunakan cara ini, adik-adik akan dapat mengetahui isi kandungannya tanpa perlu membaca. Kawan adik-adik pula dapat mengukuhkan ingatan mereka terhadap apa yang mereka telah baca.

4. Buat soalan SPM tahun-tahun lepas
Salah satu cara terbaik untuk score sejarah adalah dengan perbanyakkan buat latihan berdasarkan soalan SPM tahun-tahun lepas. Adik-adik akan lebih mengetahui bentuk soalan. Cara ini juga secara tidak langsung membantu adik-adik untuk mengingat isi-isi penting sekiranya soalan yang hampir sama ditanya semasa peperiksaan.

5. Buat latihan secara konsisten
Untuk menguji sama ada adik-adik ingat apa yang dibaca, adik-adik perlu membuat latihan. Cuba tetapkan masa untuk membuat latihan sejarah setiap minggu. Kalau tidak dapat memikirkan jawapan untuk sesuatu soalan, cuba rujuk buku teks untuk mendapatkan jawapan. Jangan berhenti mengulangkaji hanya kerana adik-adik tidak tahu jawapannya.

5. Jaga hubungan dengan ibu bapa
Pastikan adik-adik menjaga hubungan dengan ibu bapa. Jangan buat apa yang mereka tak suka dan sentiasa cuba untuk menggembirakan hati mereka.

6. Jaga hubungan dengan guru
Selain hubungan dengan ibu bapa, hubungan dengan guru juga harus dijaga. Jangan buat sesuatu yang menyebabkan seseorang cikgu tu terasa hati. Pastikan fokus di dalam kelas dan jangan sesekali ponteng kelas.

7. Tonton video di YouTube
Untuk menjadikan ulangkaji subjek sejarah lebih menarik, adik-adik boleh memanfaatkan telefon pintar adik-adik. Cuba tonton video nota sejarah di YouTube sama ada semasa ulangkaji ataupun  ketika masa lapang.

7. Jangan kedekut ilmu
Apabila adik-adik sudah agak mahir dalam subjek sejarah, jangan sesekali sombong dan kedekut ilmu. Bantu orang lain untuk berjaya dengan ilmu yang adik-adik ada.

Akak tak boleh bagi jaminan yang adik-adik akan dapat A+ untuk sejarah kalau ikut tips ni. Tapi tak salah untuk kita cuba.  Tips di atas adalah berdasarkan pengalaman akak sendiri. Apa yang penting adalah ulangkaji mengikut keselesaan masing-masing. Selamat mencuba dan semoga berjaya score untuk subjek sejarah.

Baca tips lain:

Comments

  1. Betul tu. Apa-apa pun, kita kena kenal cara belajar kita sendiri. Sejarah ni antara subjek paling tak diminati dulu tapi sebabkan nak cantikkan result, kena jugaklah bagi minat sikit. Alhamdulillah A- jelah pun hehe

    ReplyDelete
  2. nice tips.. Sejarah antara subjek yang buat mata mengantuk masa sekolah dulu.heheh

    ReplyDelete
  3. saya fav subjek sejarah lah !! fav student time tu untuk sejarah je mampu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

      Delete

Post a Comment