Beberapa hari yang lepas, KFC Malaysia telah memperkenalkan menu baru untuk menggantikan KFC Sawadee Crunch, iaitu KFC Hot and Cheezy Chicken. Seingat saya, saya tak pernah lagi cuba menu KFC yang ini.
Seperti biasa, saya akan cari review dahulu sebelum mencuba menu baru KFC. Namun, tidak ramai yang membuat review disebabkan menu ini baru sahaja dikeluarkan. Saya order di Food Panda. Jadi, harga biasanya lebih mahal berbanding pergi ke KFC tapi lebih murahlah berbanding naik Grab untuk pergi ke KFC.
Saya beli kombo 2 ketul ayam yang berharga RM 17.90. Food Panda ada promo code untuk diskaun 30% tetapi apabila ditolak dengan tax dan cas penghantaran, diskaun lebih kurang RM 1.73 sahaja. Saya beli sekali dengan KFC Frosted Sweet Potato Fries (saya akan buat review di entri lain).
Set 2 ketul ayam KFC Hot and Cheezy Chicken disertakan dengan 2 ketul ayam goreng KFC (spicy), coleslaw, whipped potato, 2 cheese sauces dan air Pepsi dalam tin (tak boleh tukar air di Food Panda). Jom lihat gambar di bawah.
Expectation saya untuk KFC Hot and Cheezy Chicken ni ialah tak pedas berdasarkan pengalaman mencuba menu KFC yang ada cheese. Walaupun nama ayam tu Hot and Cheezy, tapi saya tak rasa tahap kepedasannya terlalu tinggi. Apabila dah makan, memang betul pun. Macam sos cheezy wedges saja cuma mungkinlah ada rasa pedas sikit tetapi tak jauh beza pun rasanya. Sebagai peminat cheese, saya suka rasanya.

KFC Hot and Cheezy Chicken |

Berdasarkan penilaian saya, berikut adalah pembahagian markah:
Kesimpulannya, KFC Hot and Cheezy ni sesuai untuk yang tak makan pedas dan suka cheese, terutamanya peminat cheezy wedges. Namun, bagi yang inginkan kelainan, mungkin menu ini tidak sesuai untuk anda. Mungkin anda boleh cuba KFC Frosted Sweet Potato Fries sebab tak pernah nampak lagi KFC keluarkan menu sebegitu.
Baca review KFC yang lain:
Review KFC Zinger Double Down
Review KFC Parmesan Truffle Crunch
Review KFC Spicy Gochujang Crunch
KFC Hot and Cheezy Chicken:
Rasa- 4.0
Rupa-4.2
Kuantiti-4.6
Harga-4.0
Jumlah: 4.2 daripada 5 bintang
Kesimpulannya, KFC Hot and Cheezy ni sesuai untuk yang tak makan pedas dan suka cheese, terutamanya peminat cheezy wedges. Namun, bagi yang inginkan kelainan, mungkin menu ini tidak sesuai untuk anda. Mungkin anda boleh cuba KFC Frosted Sweet Potato Fries sebab tak pernah nampak lagi KFC keluarkan menu sebegitu.
*Review ini hanyalah pendapat saya berdasarkan penilaian yang saya buat. Kualiti makanan mungkin berbeza di cawangan KFC yang berbeza. Kalau anda ada pendapat sendiri, boleh kongsi di ruangan komen (gunakan perkataan yang positif).
Baca review KFC yang lain:
Review KFC Zinger Double Down
Review KFC Parmesan Truffle Crunch
Review KFC Spicy Gochujang Crunch
o... Ada menu baru ek. Akak minat cheezy. Nanti boleh try. Thanks Jannah atas perkongsiannya.
ReplyDeleteHaah,ada. Baru je keluar. Sama-sama, Kak Fiza.
DeleteTerbaikkk!!!
ReplyDeleteTerima kasih😊.
Deleteyg menu lama pon xtermakan lg..
ReplyDeleteaduhhh
Kena cepat2 lah try😂.
Deletewahh menarik gak rating jannah bagi, macam kena try gak ni hehe :)
ReplyDeleteJangan lupa try, Kak AJ.
DeleteCheq lebih tertarik nak cuba yang sweet potato fries tu..🤤
ReplyDeleteYang tu nampak lain sikit, CS. Bolehlah buat review lepas try nanti.
Deletesedappp..serius kena dengan tekak..anak2 pun boleh makan, sebab x pedas sangat..
ReplyDeleteMemang tak pedas pun. Sesuai untuk budak-budak.
Deleteaida suka cheese.
ReplyDeleteberminat nanti nak try, jannah...
last friday lepak kfc dgn ofismet, tak teringat nak test yg ni.
Kena cepat2 beli sebelum tukar menu lain pula.
DeleteSis suka cheese tapi kalau semuanya cheese cam x de kelainan la pulak.. utk KFC tetap prefer hot n spicy juga kot mana pun..
ReplyDeleteBetul tu. Kalau yang nak kelainan, mungkin tak minat menu baru ni. Kalau yang memang suka makan ayam dan sos cheezy wedges, memang sesuailah.
Deletewhoaaa Jannah memang peminat tegar KFC ya? selalu perasan kalau ada menu baru KFC mesti jannah tryy hehehe.
ReplyDeletejust suggestion, maybe lain kali Jannah banyak sikit tangkap gambar. Secara dekat, dari tepi semua. Sebab ada orang (termasuk saya) yang nak tengok lebih lagi, lebih dekat lagi the visual of the chickenn hehehe.
Haah, saya memang peminat tegar KFC. Terima kasih untuk cadangan. Kadang2 excited nak try sebab tu ambil sikit je gambar🤣.
Delete