Review KFC White BBQ Crunch

Selepas KFC Malaysia mengeluarkan KFC Hot & Cheezy Chicken, kini KFC mengeluarkan menu baru, iaitu KFC White BBQ Crunch. Disebabkan saya tidak boleh makan makanan pedas untuk sementara waktu, jadi terpaksalah saya menangguhkan hasrat untuk mencuba menu baru ni.

Pada minggu lepas, barulah saya berkesempatan untuk mencuba KFC White BBQ Crunch ni. Seperti biasa, saya akan membaca review orang lain terlebih dahulu sebelum membeli. Ada yang kata menu baru ni sedap dan lain daripada menu-menu yang dikeluarkan KFC sebelum ini. Ada pula yang mengatakan menu ini biasa-biasa sahaja.

Terdapat tiga pilihan untuk KFC White BBQ Crucnh ini. Kombo dua ketul ayam berharga RM 15.90 manakala kombo tiga ketul ayam berharga RM 20.30. Box meal juga ada dan berharga RM 20.30. Dari segi harga, ada peningkatan berbanding tahun lepas. Biasanya menu kombo dua ketul ayam berharga RM 14++ sahaja.

Kombo  2 ketul ayam bagi KFC White BBQ Crunch didatangkan dengan 2 ketul ayam goreng KFC bersama sos pedas dan sos bbq putih, coleslaw, whipped potato, dan air berkarbonat( saya tukar kepada air mangga). Jom lihat gambar di bawah.

KFC White BBQ Crunch

Saya tidak meletakkan expectation yang tinggi untuk KFC White BBQ Crucnh ni setelah membaca dan mendengar review daripada orang lain. Apabila tengok ada peningkatan harga, lagilah banyak kali fikir untuk beli. Namun, saya tetap cuba untuk tahu rasanya sebab setiap orang lain cita rasanya.

Berdasarkan penilaian saya, berikut adalah pembahagian markah:

KFC White BBQ Crunch:
Rasa- 4.2
Rupa-4.5
Kuantiti-4.5
Harga-3.8
Jumlah: 4.3 daripada 5 bintang

Bagi saya, KFC White BBQ Crunch ni merupakan menu yang berbeza berbanding menu KFC yang sebelum ni. Cuma sos yang diberikan tidak seperti yang dipamerkan dalam iklan. Ayam tersebut tidak disalut dengan sos sepenuhnya. Dari segi rasa, sedap juga dan lebih baik daripda KFC Hot & Cheezy Crunch tapi belum boleh lawan KFC Salted Egg Crunch. Yang belum cuba KFC White BBQ Crunch ni, anda patut cuba dan beri penilaian sama ada sedap ataupun tidak.

Adakah saya akan repeat order? Jawapannya, mungkin kalau ada promosi (mungkin di Food Panda). Disebabkan harganya yang agak mahal, jadi tak boleh beli selalulah😅. Sesiapa yang dah cuba menu ni, bolehlah kongsi pendapat anda di ruangan komen.

*Review ini hanyalah pendapat saya berdasarkan penilaian yang saya buat. Kualiti makanan mungkin berbeza di cawangan KFC yang berbeza. Kalau anda ada pendapat sendiri, boleh kongsi di ruangan komen (gunakan perkataan yang positif). 

Comments

  1. wah wah ada menu baru lagi kepci ye, ermm dari review Jannah ni macam best lah juga kan :)

    ReplyDelete
  2. Waaa sy pun belum try lagi sbb dh kurang mkn kfc ni.. hehe...

    ReplyDelete
  3. baru try semalam. rasa not bad la, tak pedas sangat tapi tu la sos dia tak rata dan kulit je yang ada rasa sos tu. tapi untuk repeat, maybe tak. sebab mahal hahaha.

    ReplyDelete
  4. terbaek... tp kepsi ni mmg tgk cawangan jugak..

    ReplyDelete
  5. tinggi gak rating tu.. menarik ni boleh cuba =D

    ReplyDelete
  6. Dah pernah cuba yang nih.
    Bolehlah tapi takdelah wow sangat

    ReplyDelete

Post a Comment