Review KFC Hot & Spicy Popcorn Chicken

Pada 4 April 2019, KFC telah memperkenalkan menu baru yang diberi nama KFC Hot & Spicy Popcorn Chicken. Beberapa hari sebelum pelancaran produk terbaru ini, KFC ada meletakkan sedikit teaser di Instagram. Disebabkan saya merupakan peminat popcorn chicken, saya pun mengambil keputusan untuk mencubanya.

Terus-terang saya katakan, saya tidak membaca sebarang review sebelum membeli menu baru ini. Apabila tiba di KFC, saya mendapati menu ini terdapat tiga pilihan, iaitu ala carte, combo atau Box Meal. Saya memilih untuk membeli set combo kerana risau tidak kenyang jika hanya makan popcorn chicken tersebut.

Pembungkusan KFC Hot & Spicy Popocorn Chicken

Rupa KFC Hot & Spicy Popcorn Chicken

Harga untuk ala carte ialah RM 8.90 manakala harga untuk set yang saya beli ialah RM 12.90 (kalau tak silap sebab tak tahu resit ada kat mana) tetapi perlu tambah RM 2.00 kerana saya tukar minumannya. Anda juga boleh dapatkan Box Meal dengan harga RM 16.90. Apabila saya kira kuantiti popcorn chicken yang diberi, saya dapati ada dalam 11 atau 12 ketul popcorn chicken. Berdasarkan penilaian saya, berikut adalah pembahagian markah:

KFC Hot & Spicy Popcorn Chicken:
Rasa- 4.7
Kuantiti-4.0
Harga-3.5
Pembungkusan-4.5
Jumlah: 4.2 daripada 5 bintang

Bagi saya, tidak berbaloi jika anda laburkan RM 8.90 untuk hidangan ala carte. Jika anda ingin mencuba menu baru ini, saya sarankan anda beli set combo atau Box Meal. Dari segi rasa, memang sedap dan tidak mengecewakan. Kemungkinan besar saya akan repeat order untuk menu ini.

*Review ini hanyalah pendapat saya berdasarkan penilaian yang saya buat. Kualiti makanan mungkin berbeza di cawangan KFC yang berbeza. Kalau anda ada pendapat sendiri, boleh kongsi di ruangan komen (gunakan perkataan yang positif). 

Comments

  1. last shu jamah KFC ni bulan 12 tahun lepas. tp jannah dah review. oklah, dah tau rasanya mcm mna. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah, Kak Shu. Boleh buat review kat blog😂.

      Delete
  2. Tak sabar nak cuba pop corn KFC ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sabar nak baca review Yea😊.

      Delete
    2. Dh beli dh popcorn ni 😍 Tp lupa nak amik gmba hahaha. So, nntilah tggu beli 2nd time bru review hihihi. Sedappp!

      Delete
    3. Macam mana boleh lupa ni, Yea? Mesti excited nak cuba masa tu😅.

      Delete
  3. Replies
    1. 😂Kena cari makanan untuk dimakan nampaknya.

      Delete
  4. lapar kfc pulak baca entry ni!!

    ReplyDelete

Post a Comment