Resepi Telur Dadar Yang Sedap Dan Mudah

Hai semua. Selalunya saya akan kongsikan resepi ayam sahaja untuk sumber protein. Namun, ada sedikit kelainan untuk hari ini. Saya akan kongsikan resepi telur dadar yang sedap dan mudah untuk dibuat.

Telur dadar ni merupakan salah satu masakan yang senang dimasak. Yang menjadikan telur dadar tu berbeza adalah bahan-bahan yang digunakan. Kalau nak ada rasa pedas, boleh masukkan cili. Kalau nak ada pelbagai rasa, boleh tambahkan serbuk lada sulah. Untuk telur dadar versi Jannah, bolehlah baca resepi di bawah.

Bahan-bahan
2 biji telur ayam
1/2 biji bawang besar
Daun bawang-dihiris (kuantiti ikut selera masing-masing)
Garam-secukupnya
Minyak masak-untuk menggoreng

Cara memasak ayam goreng
1. Masukkan telur ayam ke dalam mangkuk dan pukul telur.

2. Masukkan bawang besar, daun bawang dan garam ke dalam mangkuk yang berisi telur.

3. Panaskan minyak dalam kuali lalu masukkan bancuhan telur.

4. Goreng telur sehingga berwarna keperangan. Angkat dan hidangkan.

Telur Dadar

Mudahkan untuk memasak telur dadar. Masakan yang ringkas tapi mampu membangkitkan selera. Bagaimana pula resepi telur dadar yang anda suka? Boleh kongsikan di ruangan komen.

Sekian sahaja untuk entri kali ini. Jumpa lagi dalam entri lain. Terima kasih sudi singgah ke blog ini😊.

Baca resepi yang lain:
Menu makan malam yang ringkas
Resepi ayam goreng Korea
Resepi Ayam Goreng Kunyit

Comments

  1. telur dadar panas2 nasi panas pergh da layan da
    usually stress sket part nak flip tu haha.. tpi kalo telur banyak ok je nak flip..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau lepas flip telur tu hancur, memang stres😂.

      Delete
  2. telur dadar ni makan dengan apa jenis masakan pun sedap! Makan dengan nasi kosong pun sedap. Memang all time fav lah. Bau pun wangi kemain

    ReplyDelete
  3. tak pernah tak suka makan telur dadar. apa cara sekali pun, tetap sedap

    ReplyDelete
  4. Cheq pulak suka buat telur dadar gulung macam Gyeran-mari tu 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang macam tu saya tak pernah cuba lagi setakat ni😅.

      Delete
  5. saya pulak suka ikut mood. tetiba tambah mayonis la (jadi gebu)... kadang2 letak sosej hiris (nak kasi tebal dan berisi)...

    ReplyDelete

Post a Comment