Hai semua. Terima kasih sudi singgah di blog ini lagi. Hari ini saya ingin kongsikan resepi ayam goreng kunyit. Sebenarnya dah lama masak cuma baru perasan belum kongsikan resepi ni di blog lagi.
Untuk pengetahuan semua, ayam goreng kunyit ni selalunya dipenuhi dengan banyak sayur-sayuran seperti lobak merah, kacang panjang dan bunga kubis. Namun, disebabkan barang dapur yang saya ada di rumah Melaka agak terhad, saya gunakan sayur lobak merah sahaja. Sesiapa yang suka sayur bolehlah letakkan seberapa banyak jenis sayur yang anda mahu. Jom kita baca resepi di bawah.
Bahan-bahan untuk ayam
2 filet ayam-dipotong kecil
Serbuk kunyit-secukupnya
1/2 biji bawang besar-dihiris
1/2 lobak merah-dipotong ikut citarasa masing-masing
Garam-secukupnya
Minyak masak-untuk menumis
Hiasan
4 biji tomato ceri-dipotong dua
Cara memasak
1. Gaul ayam, serbuk kunyit dan garam di dalam sebuah mangkuk.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan ayam dan goreng sehingga garing.
3. Masukkan lobak merah dan kacau.
Ayam goreng kunyit ni sedap jika dimakan dengan kicap manis dan juga sambal. Selamat mencuba. Jumpa lagi dalam entri akan datang.

4. Apabila lobak merah hampir masak, masukkan bawang besar.
5. Kacau sehingga bawang besar layu (tambah garam kalau belum cukup masin).
6. Tutup api dan hidangkan ayam yang sudah siap dimasak. Hiaskan dengan tomato ceri.
Ayam goreng kunyit ni sedap jika dimakan dengan kicap manis dan juga sambal. Selamat mencuba. Jumpa lagi dalam entri akan datang.
menu ringkas tapi kenyang :)
ReplyDeleteBetul😁
Deletetime kecik2 dulu selalu sngt makan ayam kunyit.
ReplyDeletemenu ni dengan nasik panaih2..
ReplyDeletepergh layan..
Memang pun, SYM. Sedap makan dengan nasi panas.
DeleteSedap.. makan dgn nasi panas je dah cukup
ReplyDelete