Resepi Ayam Mayonis Bersama Kentang

Hai semua. Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya akan berkongsi lebih banyak resepi pada tahun 2020. Untuk permulaan, saya ingin berkongsi resepi ayam mayonis bersama kentang. Sebelum ini memang tidak pernah terfikir pun untuk menggabungkan ayam dan mayonis dalam satu masakan. Sebenarnya, saya terjumpa tentang ayam mayonis di Google tetapi saya olah resepinya mengikut citarasa saya.

Bahan-bahan untuk ayam 
3 filet ayam-dipotong kecil
1/2 biji bawang besar-dipotong dadu
1 biji kentang-dipotong mengikut kreativiti masing-masing
2 sudu mayonis
Serbuk lada hitam-secukupnya
Tepung gandum-secukupnya
Garam-secukupnya(kalau tak cukup masin)
Air-secukupnya
Minyak masak

Hiasan
1 helai daun salad

Cara menggoreng kentang
1. Panaskan minyak di dalam kuali.

2. Masukkan kentang. Goreng sehingga keperangan dan pindahkan ke dalam satu bekas.

Cara menggoreng ayam
1. Masukkan ayam tepung ke dalam satu mangkuk.

2. Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Gaul bahan-bahan hingga sebati.

3. Masukkan filet ayam. Pastikan filet ayam disaluti tepung sepenuhnya.

4. Goreng ayam sehingga keperangan. Angkat dan pindahkan ke dalam satu bekas.

Cara memasak ayam mayonis
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang besar.

2.. Apabila bawang besar sudah berwarna keperangan, masukkan mayonis dan kacau seketika.

3. Masukkan air dan biarkan sehingga mendidih.

4. Masukkan ayam dan kentang yang telah digoreng terlebih dahulu.

5. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga sebati. Angkat dan hidangkan.


Bagi yang dah pernah cuba, resepi ayam mayonis bersama kentang, bolehlah berkongsi pendapat anda di ruangan komen. Kalau anda mempunyai resepi berasaskan ayam tetapi jarang orang masak, boleh juga kongsikan. Mungkin saya boleh cuba nanti.

*Bagi yang ingin menonton video untuk resepi ini, boleh ke YouTube The Wonderful Jannah.

Comments

  1. wah.. dengan mayonnaise.. first time dengar.. menarik untuk dicuba..

    ReplyDelete
  2. Ni kalau makan dengan roti prata mesti best punyalah 😋👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pernah cuba lagi makan dengan roti prata. Boleh cubalah lepas ni nampaknya.

      Delete
  3. mcm ni nak kena pakai wholemeal bread so balance sikit rasa mayonnaise tu. Nice one, Jannah!

    Lifestyle Blog | The Grey Lines Between

    ReplyDelete
  4. Wow.. azat Dan sihat.. Boleh Cuba nanti

    ReplyDelete
  5. nak cuba buat lah. sebab ayam dan mayonis tu macam unik ^_^

    ReplyDelete

Post a Comment