Hai semua. Hari ini saya ingin kongsikan satu lagi resepi nasi goreng. Tak pastilah kenapa bulan lepas asyik masak nasi goreng je😂. Mungkin sebab nasi goreng mudah untuk dimasak dan mengenyangkan.
Untuk resepi nasi goreng ni, saya tak letakkan ayam/bebola/telur. Tapi kalau anda nak tambah bahan-bahan lain, boleh saja. Tanpa melengahkan masa, jom kita baca resepinya.
Bahan-bahan
2 sudu bawang yang dikisar (bawang merah, bawang putih & bawang besar)
2 mangkuk nasi putih-untuk dua orang makan
1/2 biji lobak merah-dipotong dadu
1 mangkuk jagung
Garam-secukup rasa
Minyak masak-untuk menumis
Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang kisar.
2. Apabila bawang telah garing, masukkan lobak merah. Kacau sehingga lobak merah sudah agak lembut teksturnya.
3. Masukkan jagung dan kacau seketika.
4. Masukkan nasi putih dan kacau hingga sebati.
5. Tambahkan garam secukup rasa. Angkat dan hidangkan nasi goreng yang telah siap dimasak.
*Boleh makan dengan telur mata kerbau dan timun untuk rasa yang lebih sedap.

Nasi Goreng Yang Mudah |
*Boleh makan dengan telur mata kerbau dan timun untuk rasa yang lebih sedap.
Baca resepi yang lain:
Nice! Boleh try nanti ni.
ReplyDeleteBoleh🤗
Deletewalaupun mudah tapi nampak sedap
ReplyDeleteBetul tu
DeleteSedap😊
ReplyDelete