Resepi Nasi Goreng Pea Sprout

Hai semua. Rasanya sejak dah mula buat FYP, jarang dah saya berkongsi resepi di blog ni. Apabila dah habis FYP, dapatlah fokus semula kepada blog. Resepi yang ingin saya kongsikan hari ini ialah resepi nasi goreng pea sprout.

Nasi goreng ni saya masak tahun lepas dan seperti biasa gambar hanya tersimpan dalam galeri sebab tak sempat nak tulis entri😅. Sebenarnya, saya pernah kongsikan resepi pea sprout goreng berlada. Untuk resepi hari ini, saya hanya olah sedikit daripada resepi pea sprout tu.

Bahan-bahan
1 paket pea sprout
4 ulas bawang putih-ditumbuk (boleh juga dikisar)
3 biji bawang merah-ditumbuk (boleh juga dikisar)
Ikan bilis-ditumbuk (kuantiti ikut selera masing-masing)
1 sudu cili giling (boleh ubah kuantiti ikut selera masing-masing)
3 biji bebola sayur-dipotong dua
1 mangkuk nasi putih-untuk seorang makan
Minyak masak-untuk menumis

Hiasan
4 biji tomato ceri-potong dua
Keropok ikan


Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk.

2. Masukkan cili giling dan kacau.

3. Apabila bawang dan ikan bilis sudah garing, masukkan bebola sayur. Kacau seketika.

4. Masukkan pea sprout. Apabila pea sprout telah layu, masukkan nasi dan kacau hingga sebati.

5. Angkat nasi goreng yang sudah siap dimasak.

6. Hiaskan dengan tomato ceri dan keropok.

Nasi Goreng Pea Sprout

Untuk pengetahuan semua, saya memang tak letakkan garam dalam nasi goreng ni kerana sudah ada rasa masin daripada ikan bilis. Kalau anda rasa masih tak cukup masin, bolehlah tambahkan garam.

Selamat mencuba.

Baca resepi yang lain:

Comments

  1. my favvv nasi goreng tapi nasi goreng pea sprout ni sy tak pernah makan lagii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun pertama kali masak nasi goreng pea sprout. Tiba-tiba dapat idea😂.

      Delete
  2. Sedap.dan berkhasiat.. jemput join segment resepi mama

    ReplyDelete
  3. Susah nak jumpa dah pea sprout tu.. kalau tak memang sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak semua pasar raya jual pea sprout ni. Dulu saya selalu beli di Aeon.

      Delete

Post a Comment