Resepi Nasi Goreng Yang Ringkas Tapi Sedap

Apa khabar semua? Setelah sekian lama saya tidak berkongsi resepi, akhirnya kita berpeluang untuk bertemu lagi dalam entri perkongsian resepi. Bukan tidak memasak cuma tak sempat mengambil gambar selepas memasak kerana kekangan masa. Jadi, hari ini saya ingin berkongsi resepi nasi goreng yang ringkas tapi sedap bagi yang selalu sibuk macam saya😂.

Bahan-bahan yang diperlukan tidak banyak dan memang selalu ada di rumah. Sebelum ada yang tanya kenapa tiba-tiba ada bawang besar dalam senarai bahan, baik saya jelaskan terlebih dahulu. Sebenarnya, saya masak ayam goreng kunyi dalam kuantiti yang sedikit. Jadi, saya bahagi dua bawang besar yang digunakan supaya tak jadi bawang besar goreng kunyit😂. Untuk mengelakkan pembaziran, saya pun gunakanlah untuk masak nasi goreng ni.

Bahan-bahan
3 ulas bawang putih-diketuk
1/2 biji bawang besar-dihiris (tak wajib)
1 mangkuk nasi putih-untuk seorang makan
1 urat kacang panjang-dipotong kecil-kecil
1/4 biji lobak merah-dipotong ikut kreativiti
1 biji telur ayam
Garam-secukup rasa
Minyak masak-untuk menumis

Hiasan
4 biji tomato ceri-potong dua
*boleh juga gunakan timun

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang putih.

2. Apabila bawang putih telah garing, masukkan lobak merah, kacang panjang dan bawang besar. Kacau sehingga lobak merah sudah agak lembut teksturnya.

3. Pecahkan telur dan masukkan ke dalam kuali. Kacau dan biarkan seketika.

4. Setelah telur masak, masukkan nasi putih dan kacau hingga sebati.

5. Tambahkan garam secukup rasa. Hidangkan nasi goreng yang telah siap dimasak. Hiaskan dengan tomato ceri.

Nasi goreng yang ringkas tapi sedap

*Saya makan nasi goreng ni dengan sambal hitam Pahang. Biasalah nama pun orang Pahang, sambal hitam dibawa ke mana-mana. Saja je nak cuba. Tak sangka pula sedap juga kombinasi sambal hitam dan nasi goreng tu.

Selamat mencuba. Kalau korang ada apa-apa makanan yang memang kena ada apabila makan nasi, boleh komen di bawah.

Comments

  1. Presentation tu mahal kan walau menunya ringkas je..hehehe..nasi goreng paling mudah nak buat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Walaupun menu biasa-biasa, presentation yang cantik membuatkan kita lagi berselera nak makan.

      Delete
  2. Mmg nampak menyelerakan. Hehehe

    ReplyDelete
  3. Wow .. x kisahlah ringkas Mana pun yg Penting sedap

    ReplyDelete
  4. kalau nak umpph lagi letak cili padi or lada hitam...ehh terasa nk mkn nasi goreng plak lunch nanti :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah masak nasi goreng, JM.

      Delete
    2. Eeh JM ada. Rindu JM. Lama tak muncul entry di blog JM. :)

      Delete
  5. sambal hitam pahang memang sedap makan dengan nasi goreng! Fav tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita. Peminat tegar sambal hitam Pahang😂.

      Delete
  6. Menariknya warna nasi goreng dia. Makan pulak dgn sambal hitam ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali pandang macam nasi hujan panas sebab berwarna-warni sangat🤣. Yg menambahkan rasa sedap tu sambal hitam lah😋.

      Delete

Post a Comment