Resepi Sambal Nanas

Hai semua. Setakat ni dah macam-macam resepi yang saya kongsikan di blog The Wonderful Jannah. Tapi saya tak pernah kongsi apa-apa resepi untuk sambal lagi. Entri kali ni adalah untuk resepi sambal nanas.

Sebenarnya resepi daripada mak saya. Saya kongsikan kat sini supaya senang saya nak rujuk semula nanti. Kalau lama tak masak menu ni, mesti lupa nanti😂. Tanpa melengahkan masa, jom kita lihat resepinya.

Bahan-bahan 
Nanas-dipotong dadu
1 sudu bawang kisar (bawang merah, bawang putih & bawang besar)
Lada besar yang telah dikisar-kuantiti mengikut tahap kepedasan yang diinginkan
1 biji bawang besar-dihiris
Garam-secukupnya
Minyak masak-untuk menumis

Cara memasak
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang kisar dan lada besar.

2. Setelah bahan tumis sudah garing/naik bau, masukkan nanas dan kacau. Biarkan seketika.

3. Masukkan bawang besar. Kacau sehingga bawang besar agak layu.

4. Masukkan garam secukupnya lalu kacau.

5. Hidangkan sambal nanas yang sudah siap dimasak.

Sambal Nanas

Pertama kali sebenarnya saya cuba masak sambal nanas ni. Tapi hasilnya nampak agak baik. Ada tak sesiapa yang pernah cuba resepi ni? Kalau ada resepi lain untuk nanas, boleh kongsikan di ruangan komen.

Jumpa lagi dalam entri yang akan datang.

Comments

  1. Menarik ni JR, cheq belum pernah cuba lagi sambal nenas yang macam ni. Nanti boleh cheq cuba 😋👍🏻

    ReplyDelete
  2. Memang penggemar nanas ni nampaknya.

    ReplyDelete

Post a Comment