Resepi Ayam Masak Kicap

Hai semua. Hari ini saya ingin kongsikan satu resepi yang mudah dimasak dan sesuai untuk kanak-kanak kerana tidak pedas, iaitu ayam masak kicap.

Seperti biasa, saya hanya olah sedikit daripada resepi yang saya pernah kongsikan. Tanpa melengahkan masa, jom kita baca resepi ayam masak kicap ini.

Bahan-bahan
Ayam-digoreng terlebih dahulu
2 sudu bawang kisar (bawang merah, bawang putih & bawang besar)
1/2 inci halia-ditumbuk
Kicap pekat-secukupnya
Kicap manis-secukupnya
1/2 biji bawang besar-dihiris
Air-secukupnya
Minyak masak-untuk menumis

Cara memasak
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang kisar dah halia.

2. Setelah bahan tumis garing, masukkan ayam dan kacau seketika.

3. Masukkan air, kicap pekat dan kicap manis. Kacau seketika dan biarkan sehingga tahap kepekatan yang diinginkan. 

4. Masukkan bawang besar. Apabila bawang besar sudah layu, tutup api.

5. Hidangkan ayam kicap yang sudah siap dimasak.

Ayam Masak Kicap

Untuk resepi ini, saya tidak letakkan garam kerana sudah ada rasa masin yang mencukupi daripada kicap.

Ini ayam masak kicap versi Jannah. Bagaimana pula ayam masak kicap versi anda? Dipersilakan untuk berkongsi di ruangan komen.

Selamat mencuba. Jumpa lagi dalam entri yang akan datang.

Comments

Post a Comment