Hai semua. Memandangkan sekarang ni sudah bulan Ramadan, mesti ramai yang mencari resepi untuk juadah berbuka puasa. Jadi, hari ini saya ingin berkongsi satu resepi dengan anda semua. Resepinya ialah ayam bakar kicap.
Sebenarya, saya belajar resepi ni daripada adik saya. Bahan-bahan yang diperlukan pun hanya sedikit dan mudah dicari. Untuk ayam tu, terpulanglah kepada anda untuk masak bahagian mana. Dalam entri ni, saya menggunakan paha ayam dan kepak ayam. Kalau nak masak dalam kuantiti yang lebih banyak, bolehlah tambahkan kuantiti bahan-bahan di bawah.
Kalau nak rasa yang lebih sedap, anda boleh perap ayam dengan bahan-bahan terlebih dahulu. Saya tidak perap kerana nak cepat semasa memasak pada hari tu. Untuk suhu oven dan masa, anda boleh ubah bergantung kepada bahagian ayam yang anda gunakan, cara potongan dan berapa kering anda nak untuk ayam tu. Kalau anda potong kecil-kecil ayam tersebut, masa yang diperlukan untuk memasak adalah lebih pendek. Tanpa melengahkan masa lagi, jom baca resepinya.
Bahan-bahan
Ayam
4 ulas bawang putih-disagat
1 inci halia-disagat
Garam-secukupnya
Serbuk lada hitam-secukupnya
Kicap pekat-secukupnya
Minyak zaitun-secukupnya
Cara memasak
1. Masukkan semua bahan ke dalam satu mangkuk.
2. Apabila ayam sudah disaluti dengan bahan-bahan, pindahkan ke dulang oven.
3. Bakar pada suhu 180 darjah Celcius selama 25-30 minit.
Kalau tengok dari segi rupa, nampak macam menjadi ayam bakar ni. Sebenarnya, ni pertama kali saya cuba masak ayam bakar. Rasa pun sedap walaupun tak perap lama sebelum bakar. Sesiapa yang ada cadangan menu lain, boleh kongsikan di ruangan komen.

4. Terbalikkan ayam dan bakar semula pada suhu 180 darjah Celcius selama 10-15 minit.
5. Hidangkan ayam yang sudah siap dimasak.
Ayam Bakar Kicap |
Kalau tengok dari segi rupa, nampak macam menjadi ayam bakar ni. Sebenarnya, ni pertama kali saya cuba masak ayam bakar. Rasa pun sedap walaupun tak perap lama sebelum bakar. Sesiapa yang ada cadangan menu lain, boleh kongsikan di ruangan komen.
Selamat mencuba.
Baca resepi ayam yang lain:
Resepi Buttermilk Chicken
Resepi Ayam Goreng Korea
Resepi Ayam Mayonis Bersama Kentang
Baca resepi ayam yang lain:
Resepi Buttermilk Chicken
Resepi Ayam Goreng Korea
Resepi Ayam Mayonis Bersama Kentang
sedapnyaaa terus lapa tengok
ReplyDeleteSedap. Bolehlah cuba masak nanti.
DeleteSedapnyaaaa!! lapar terus tengok haha. Singgah sini ya, jemputla melawat blog usang saya kalau ada kelapangan :)
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah sini.
DeleteSedapnya. Satu hari nanti boleh cuba hehe. Salam perkenalan https://shalmilanadya.blogspot.com/2020/04/segmen-bloglist-2020-by-cik-miela.html
ReplyDeleteSalam perkenalan, Cik Miela😊.
Deletesedapnya jannah, mesti anak-anak suk ni kan
ReplyDeleteBoleh cubalah nanti, Kak AJ.
DeleteNampak sedap dan menarik.. Boleh dicuba ini.. idea memasak pun dah ketandusan.. hehehe..
ReplyDeleteApabila hari2 memasak, memang ketandusan idea, Kak Sha😂.
Deletenampak sodap gak.. boleh torai ni. hehe
ReplyDeleteDipersilakan untuk cuba resepi ni.
Deletenampak sedap pula... dah lama berkenan mau makan ayam bakar.. nice resepi..
ReplyDeleteBoleh cuba nanti😊.
DeleteSedapnya..dah lama tak makan ayam bakar..boleh try ni
ReplyDeleteBoleh2😁.
Delete