Hai semua. Sebelum ni saya ada kongsikan resepi ikan bawal kicap berlada. Hari ini saya ingin kongsikan resepi ayam kicap berlada pula.
Sebenarnya, tak jauh beza pun resepi ayam kicap berlada ni dengan ikan bawal kicap berlada. Tapi kali ni, saya tambahkan bawang besar. Jom kita lihat resepi penuh.
Bahan-bahan
Ayam-digoreng terlebih dahulu
2 sudu bawang kisar (bawang merah, bawang putih & bawang besar)
1 sudu lada kering kisar-kuantiti boleh ubah ikut tahap kepedasan yang diinginkan
1/2 inci halia-ditumbuk
Kicap pekat-secukupnya
Kicap manis-secukupnya
1 biji bawang besar-dihiris
Air asam jawa-bancuh sedikit asam jawa
Air-secukupnya
Minyak masak-untuk menumis
Cara memasak
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang, lada kering dan halia.
2. Apabila bahan tumis sudah garing, masukkan air asam jawa dan air lalu biarkan sehingga mendidih.
Baca resepi yang lain:
Resepi Ikan Bawal Kicap Berlada
Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak
Resepi Ayam Mayonis Bersama Kentang

3. Masukkan kicap pekat dan kicap manis. Kacau seketika dan biarkan sehingga tahap kepekatan yang diinginkan.
4. Masukkan ayam dan bawang besar. Kacau sehingga sebati dan bawang besar layu.
5. Hidangkan ayam kicap berlada yang sudah siap dimasak.
Ayam Kicap Berlada |
Saja saya tidak letakkan garam kerana sudah ada rasa masin daripada kicap. Kalau masih tak cukup masin, bolehlah tambahkan garam. Selain daripada ikan dan ayam kicap berlada, apa lagi yang anda selalu masak kicap berlada? Jangan lupa kongsikan di ruangan komen.
Jumpa lagi dalam entri yang akan datang.
Jumpa lagi dalam entri yang akan datang.
Baca resepi yang lain:
Resepi Ikan Bawal Kicap Berlada
Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak
Resepi Ayam Mayonis Bersama Kentang
nampak sedap tu jannah ,kak ana suka ayam masak kicap ni :)
ReplyDeleteSedap, kak.
DeleteRajinnya Jannah memasak.. Sesekali masak macam nie memang sedap..
ReplyDeleteSekali-sekala masak lauk yang lain sikit.
Delete