Hai semua. Entri kali ini merupakan entri yang dinanti-nantikan dan diminta oleh blogger Cik Suerin semasa sebuah segmen yang saya anjurkan. Setelah belajar cara-cara untuk memasak ikan patin, saya mengambil keputusan untuk berkongsi resepi ikan patin masak tempoyak di blog ini.
Ikan patin masak tempoyak ni adalah hidangan tradisi orang Pahang dan paling terkenal di daerah Temerloh. Ramai yang pergi ke Temerloh untuk makan ikan patin. Tapi biasanya orang Pahang masak sendiri ikan patin masak tempoyak di rumah. Sebenarnya, ini kali pertama saya cuba untuk masak hidangan ni. Rupa-rupanya, hidangan ni tidak memerlukan bahan yang banyak dan mudah untuk dimasak. Masa banyak dihabiskan untuk tunggu kuah mendidih saja. Jom kita lihat resepinya.
Bahan-bahan
Ikan patin-dicuci dengan asam jawa
4 biji cili padi-ditumbuk (kuantiti boleh ubah ikut tahap kepedasan yang diinginkan)
1/2 kunyit hidup-ditumbuk
Daun kesum-kuantiti terpulang kepada pilihan masing-masing
Tempoyak-kuantiti ikut tahap kepekatan yang diinginkan
Air-secukupnya
Garam-secukupnya
Cara memasak
1. Masukkan semua bahan kecuali garam ke dalam periuk.
2. Kacau sehingga sebati.
Walaupun baru pertama kali masak, rasanya agak sedap. Setakat untuk makan sendiri di rumah, bolehlah. Tak perlu beli ikan patin masak tempoyak di kedai. Kalau anda ada resepi lain untuk ikan patin, dipersilakan untuk kongsi di ruangan komen.
*Kalau anda rasa tahap kepekatan kuahnya belum mencukupi semasa memasak, boleh tambahkan lebih banyak tempoyak. Pastikan jangan didihkan kuah terlalu lama sehingga ikan hancur.
Selamat mencuba dan jumpa lagi dalam entri akan datang.
Ikan patin masak tempoyak ni adalah hidangan tradisi orang Pahang dan paling terkenal di daerah Temerloh. Ramai yang pergi ke Temerloh untuk makan ikan patin. Tapi biasanya orang Pahang masak sendiri ikan patin masak tempoyak di rumah. Sebenarnya, ini kali pertama saya cuba untuk masak hidangan ni. Rupa-rupanya, hidangan ni tidak memerlukan bahan yang banyak dan mudah untuk dimasak. Masa banyak dihabiskan untuk tunggu kuah mendidih saja. Jom kita lihat resepinya.
Bahan-bahan
Ikan patin-dicuci dengan asam jawa
4 biji cili padi-ditumbuk (kuantiti boleh ubah ikut tahap kepedasan yang diinginkan)
1/2 kunyit hidup-ditumbuk
Daun kesum-kuantiti terpulang kepada pilihan masing-masing
Tempoyak-kuantiti ikut tahap kepekatan yang diinginkan
Air-secukupnya
Garam-secukupnya
1. Masukkan semua bahan kecuali garam ke dalam periuk.
2. Kacau sehingga sebati.
3. Hidupkan api dan biarkan sehingga kuah mendidih.
4. Tambahkan garam dan kacau.
5. Tutup api dan hidangkan ikan patin masak tempoyak.
Ikan Patin Masak Tempoyak |
*Kalau anda rasa tahap kepekatan kuahnya belum mencukupi semasa memasak, boleh tambahkan lebih banyak tempoyak. Pastikan jangan didihkan kuah terlalu lama sehingga ikan hancur.
Selamat mencuba dan jumpa lagi dalam entri akan datang.
Wah.. terror lah Jannah.. Akak masak yang guna tempoyak memang tak pernah cuba lagi.. hehehe.. kurang keyakinan..
ReplyDeleteResepi dari mak saya ni. Saja kongsi kat blog supaya senang sikit nak rujuk untuk masa lain kali.
Delete