Resepi Ikan Bawal Kicap Berlada

Hai semua. Terima kasih sudi singgah di blog ini lagi. Entri kali ini memang sangat-sangat berbeza kerana buat pertama kalinya saya akan kongsikan resepi untuk ikan. Biasanya saya hanya fokus kepada resepi untuk ayam. Resepi yang saya pilih untuk hari ini ialah resepi ikan bawal kicap berlada.

Masakan berkicap ni adalah salah satu masakan yang mudah untuk dibuat dan setiap orang mungkin ada cara tersendiri untuk menyediakannya.  Tanpa melengahkan masa, mari kita lihat resepi ikan bawal kicap berlada versi Jannah.

Bahan-bahan
Ikan bawal-digoreng terlebih dahulu
2 sudu bawang kisar (bawang merah, bawang putih & bawang besar)
1 sudu lada kering kisar-kuantiti boleh ubah ikut tahap kepedasan yang diinginkan
1/2 inci halia-ditumbuk
Kicap pekat-secukupnya
Kicap manis-secukupnya
Air asam jawa-bancuh sedikit asam jawa
Air-secukupnya
Minyak masak-untuk menumis

Cara memasak
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang, lada kering dan halia. Tumis sehingga garing.

2. Masukkan air asam jawa dan air lalu biarkan sehingga mendidih.

3. Masukkan kicap pekat dan kicap manis. Kacau seketika dan biarkan sehingga tahap kepekatan yang diinginkan. Semakin lama dibiarkan, semakin kurang kuantiti kuah dan semakin pekat kuahnya.

4. Tuangkan kuah yang sudah siap dimasak ke atas ikan yang telah digoreng.

Ikan Bawal Kicap Berlada

Untuk resepi ni, saya tidak letakkan garam kerana sudah ada rasa masin daripada kicap. Kalau nak lebih meriah, boleh tambahkan bawang besar ketika memasak dan tambahkan hirisan lada besar sebagai hiasan.

Sesiapa yang ada resepi lain untuk ikan, dipersilakan untuk kongsi di ruangan komen mungkin saya boleh cuba nanti.

Selamat mencuba dan jumpa lagi dalam entri akan datang.

Comments

  1. looks yummy. ammi pun biasanya kalau masak kicap letak cili sebab kalau tak pedas rasa macam muak sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Letak cili untuk menyedapkan lagi masakan.

      Delete
  2. Sedap ni JR ๐Ÿ‘๐Ÿป
    Nanti boleh cuba buat ikan perap dengan sos tiram pula, lepas tu goreng ๐Ÿ˜‹

    ReplyDelete
  3. sedapnya. salam kenal. done follow sini. hope sudi singgah blog kita. https://bungaseindahbiasa.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal, Cik Bunga. Terima kasih sudi singgah sini.

      Delete

Post a Comment