Hai semua. Entri hari ini adalah untuk menjawab soalan yang ditanyakan oleh peserta segmen 1st Blogversary TWJ yang diadakan pada penghujung tahun lepas. Review blog telah dibuat cuma soalan-soalan yang diberikan je belum sempat dijawab.
Memandangkan semasa PKP ni banyak masa terluang untuk menulis entri blog, saya nak gunakan peluang ni untuk siapkan entri yang dah sekian lama menjadi draf. Jom kita mulakan.
Soalan 1: Bagaimana Jannah memulai karier sebagai seorang blogger yang aktif dan siapa sumber inspirasi di dalam dunia blogger ini? hehe
Sebenarnya, saya kenal dengan dunia blogging ni melalui kawan saya yang merupakan seorang blogger. Saya memulakan karier sebagai blogger disebabkan adik saya yang cadangkan saya untuk tulis blog selepas tahu tentang penglibatan kawan saya dalam dunia blogging. Memandangkan ketika itu merupakan cuti semester, saya pun cubalah menulis blog untuk mengisi masa terluang. Sumber inspirasi dalam dunia blogging ada ramai tapi saya ssenaraikan beberapa nama saja. Blogger yang pertama saya kenal dan memberikan inspirasi untuk saya mula menulis blog ialah Amer Ridzuan, Sha Mohamed dan Farhana Jafri.
Soalan 2: Apakah nama hidangan masakan tradisi bagi penduduk kampung JR yang paling JR gemari? Mohon share resepinya di blog kalau boleh.
Masakan tradisi Pahang yang paling saya gemari ialah ikan patin masak tempoyak. Memang makanan yang terkenal di negeri Pahang. Untuk resepi tu, saya kena belajar cara nak masak hidangan ni terlebih dahulu.
Soalan 3: Kenapa pilih nama blog, The Wonderful Jannah?
Semasa saya memikirkan nama yang sesuai untuk blog ni, saya memang dah rancang untuk ada perkataan Jannah sebagai sebahagian daripada nama blog. Saya nak nama saya disertakan. Untuk perkataan Wonderful tu, saya pilih disebabkan perkataan tu membawa maksud yang baik iaitu, luar biasa, tersangat baik dan kegembiraan, keseronokan atau kekaguman yang memberi inspirasi. Harapan saya adalah blog ini dapat memberikan manfaat kepada sesiapa yang membacanya.
Soalan 4: Jannah suka warna apa?
Saya suka warna merah jambu (pink). Selepas warna merah jambu, warna lain yang saya minat juga adalah biru dan ungu.
Soalan 5: Apakah cabaran terbesar yang pernah dialami oleh Jannah?
Untuk soalan ni saya akan kecilkan skopnya kepada cabaran terbesar dalam dunia blogging. Cabarannya adalah untuk memperkenalkan blog The Wonderful Jannah kepada orang lain dan untuk terus konsisten menulis. Bukan mudah untuk menarik minat orang lain untuk singgah ke blog kita. Trafik memang sangat rendah semasa mula-mula saya menulis blog. Selain itu, saya juga harus berhadapan dengan stigma orang sekeliling yang blog ini tidak membawa manfaat kepada penulis blog. Ada yang mempersoalkan kenapa saya ingin menghabiskan cuti semester dengan menulis blog sedangkan cuti semester sepatutnya digunakan untuk berehat sepenuhnya. Memang susah untuk kita ubah tanggapan seseorang tentang sesuatu perkara. Prinsip saya adalah jangan melawan kata-kata orang lain dengan kata-kata tapi lawanlah dengan perbuatan. Saya biarkan mereka berkata-kata tetapi masih meneruskan usaha untuk memajukan blog ini. Percayalah mereka akan terdiam apabila melihat hasil daripada usaha kita.
Semoga jawapan yang diberikan dapat menjawab segala persoalan anda. Mungkin selepas ni ada segmen untuk Q&A lagi. Terima kasih untuk sokongan anda semua. Maaf atas kelewatan.
Jumpa lagi dalam entri yang akan datang.

Yes. Semoga terus stay at home ya. dan terus berkarya di dalam dunia blogger hehe
ReplyDeleteTerima kasih, Naim. Semoga Naim juga terus aktif menulis di blog.
DeleteAlamak ada sebut patin tempoyak trliur la plak
ReplyDeleteMenu wajib orang Pahang tu๐.
DeleteIkan Patin masak tempoyak jawapannyaaa...๐๐๐ป✨
ReplyDeleteYa, CS.
Delete