Nasi Ayam Penyet Di Melaka

Hai semua. Bertemu lagi kita dalam entri makanan. Entri ini ditulis khusus buat yang ingin mencuba nasi ayam penyet ketika berada di Melaka. 

Saya telah mencuba nasi ayam penyet daripada beberapa buah kedai. Ada yang dibeli melalui aplikasi foodpanda dan ada yang dibeli secara terus dari kedai tersebut (take away). Mari kita lihat pilihan nasi ayam penyet yang ada di Melaka.

Ingin diingatkan bahawa entri ini bukan untuk review nasi ayam penyet tetapi sekadar berkongsi tentang nasi ayam penyet yang ada di Melaka. 

1. Nasi Ayam Penyet Selera Kampung
Nasi ayam penyet Selera Kampung hadir dengan nasi putih, ayam, tauhu, tempe, sayur (timun, kubis), sambal dan sup. Nasi ini dijual pada harga RM 7.50. Kuantiti nasi agak banyak dan terdapat pelbagai komponen nasi ayam penyet.
Nasi Ayam Penyet Selera Kampung


2. Nasi Ayam Penyet Ixora Food Court
Nasi ayam penyet di Ixora Food Court terdiri daripada nasi putih, ayam goreng, sambal, sayur (timun) dan sup. Ayam gorengnya agak besar tetapi dipotong kecil. Harga bagi nasi ayam penyet ini ialah RM 6.

Nasi Ayam Penyet Ixora Food Court


3. Nasi Ayam Penyet Sungai Putat
Nasi ayam penyet Sungai Putat didatangkan dengan nasi putih, ayam goreng, tauhu, sayur (timun, kacang panjang, kubis), sambal dan sup. Harganya RM 13 dan kuantitinya banyak. Saiz ayam besar dan memang mengenyangkan.
Nasi Ayam Penyet Sungai Putat

Pilihan di atas mempunyai kadar harga berbeza. Jadi, anda boleh pilih nasi ayam penyet mana yang kena dengan selera dan bajet anda.

*Harga makanan, kualiti makanan dan lokasi tempat makan mungkin berbeza daripada apa yang penulis kongsikan akibat peredaran masa dan juga cara pembelian (secara langsung di kedai/melalui aplikasi penghantaran makanan). 

Makanan lain di Melaka:



Comments

  1. pada kak ana kesedapan set ayam penyet ni pada sambal geseknya kan JR dan juga gorengan ayam tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Sambal dan ayam mainkan peranan penting.

      Delete
  2. Makan mcm ni mmg sedap. Budak dan mak budak pun suka

    ReplyDelete

Post a Comment