5 Tips Untuk Listening Test MUET

Listening test merupakan salah satu ujian yang mencabar kerana pelajar perlu mendapatkan jawapan dengan cara mendengar dan bukannya membaca/mengingat seperti kebiasaaannya. Fokus yang tinggi dan kemahiran amnbil nota yang bagus diperlukan untuk ujian ini.

Bagi yang ingin membuat persediaan untuk listening test MUET, terdapat beberapa tips yang anda boleh cuba. 

1. Fahami format soalan 
Listening test MUET terbahagi kepada 3 bahagian. 8 soalan untuk bahagian 1, 6 soalan untuk bahagian 2 dan 6 soalan untuk bahagian 3. Pelajar perlu mendengar audio yang dimainkan bagi mendapatkan jawapan. Terdapat beberapa jenis soalan. Antaranya adalah soalan MCQ (multiple choice questions), melengkapkan ayat dengan pilihan jawapan yang diberi dan mengisi tempat kosong.

2. Berlatih untuk ambil nota
Kepantasan mengambil nota sangat penting untuk ujian ini. Hal ini kerana masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan agak singkat. Terdapat 5 teks yang akan dibacakan dan setiap teks akan diulang sebanyak dua kali. Pelajar akan diberi masa 1 minit untuk menjawab soalan selepas setiap teks dibacakan. Jadi, berlatih seolah-olah anda berada di dewan peperiksaan.

3. Gunakan singkatan perkataan/simbol
Untuk menjimatkan masa, sebaik-baiknya anda gunakan singkatan perkataan/simbol semasa ambil nota. Contohnya, perkataan "or" ditulis sebagai "/". Dalam masa yang sama, pastikan anda tidak tulis terlalu ringkas hingga anda tidak faham apa yang dituliskan.

4. Kekal fokus semasa audio dimainkan
Antara kesemua komponen MUET, listening test adalah yang memerlukan fokus yang paling tinggi. Anda tidak ada banyak peluang untuk membaca soalan berulang kali dan berfikir untuk waktu yang lama. Oleh itu, pastikan anda tidak terganggu dengan bunyi lain semasa audio dimainkan. Kalau anda tidak dapat mendengar audio dengan jelas dari tempat duduk anda, maklumkan kepada pengawas peperiksaan.

5. Semak jawapan
Ketika audio dimainkan untuk kali kedua, fokus untuk menyemak jawapan anda. Jika ada soalan yang anda tidak dapat jawab sebelum ini, anda ada peluang terakhir untuk mendapatkan jawapan. 

Akhir kata, pastikan anda sentiasa peka dengan apa-apa perubahan yang dilakukan oleh MPM terhadap format soalan MUET. Semoga tips yang dikongsikan bermanfaat untuk semua. Nantikan perkongsian lain berkaitan dengan MUET.

*Saya tak dapat memberi jaminan yang anda confirm akan lulus MUET kalau ikut tips di atas. Semuanya bergantung kepada usaha anda dan rezeki yang ditetapkan oleh Tuhan. Tapi tidak ada salahnya untuk kita berusaha dengan pelbagai cara.

Baca entri lain tentang MUET:
6 Tips lulus MUET dengan mudah

Comments