5 Tips Untuk Writing Test MUET

Writing test merupakan salah satu komponen dalam MUET. Untuk ujian ini, penulisan yang baik sangat penting untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Terdapat beberapa tips yang anda boleh amalkan untuk berjaya dalam writing test MUET.

Jom kita lihat.

1. Fahami format soalan
Terdapat dua soalan untuk writing test MUET, iaitu report writing dan extended writing. Untuk soalan 1, pelajar akan diberikan 2 visual (graph/chart/table). Pelajar harus menulis laporan dengan menggunakan maklumat daripada kedua-dua visual. Untuk soalan 2, pelajar akan diberikan satu tajuk untuk esei. 

2. Belajar teknik menjawab soalan dengan betul
Salah satu sebab markah ditolak adalah kerana teknik menjawab soalan yang tidak tepat. Saya sentiasa pastikan bilangan patah perkataan bagi penulisan adalah mengikut had yang ditetapkan. Selain itu, bagi soalan 1 amat penting untuk memasukkan trend words (increase, decrease, no change etc). 

3. Buat latihan dengan soalan MUET tahun-tahun lepas
Bagi membiasakan diri dengan bentuk-bentuk soalan, saya lebih suka membuat latihan dengan soalan MUET tahun-tahun lepas. Kalau tak sempat untuk tulis esei bagi semua soalan, saya akan sekurang-kurangnya cari isi penting untuk setiap soalan.

4. Semak penulisan anda
Setelah selesai menulis, jangan biarkan penulisan anda begitu saja. Semak penulisan anda dan cari apakah penambahbaikan yang boleh dibuat. Kalau tak yakin dengan kemampuan bahasa Inggeris sendiri, boleh minta tolong pensyarah/rakan yang sudi untuk menyemak hasil kerja anda. 

5. Pelbagaikan perbendaharaan kata (vocabulary)
Pemilihan perkataan adalah antara aspek penting dalam penulisan. Cuba cari senarai perkataan berbeza yang membawa maksud yang sama. Contohnya, use dan utilize membawa maksud guna. Namun, pastikan perkataan yang dipilih betul-betul sesuai dengan apa yang cuba disampaikan bukan untuk nampak bombastik semata-mata.

Akhir kata, pastikan anda sentiasa peka dengan apa-apa perubahan yang dilakukan oleh MPM terhadap format soalan MUET. Semoga tips yang dikongsikan bermanfaat untuk semua. Nantikan perkongsian lain berkaitan dengan MUET.

*Saya tak dapat memberi jaminan yang anda confirm akan lulus MUET kalau ikut tips di atas. Semuanya bergantung kepada usaha anda dan rezeki yang ditetapkan oleh Tuhan. Tapi tidak ada salahnya untuk kita berusaha dengan pelbagai cara.

Baca entri lain tentang MUET:
6 Tips lulus MUET dengan mudah

Comments