6 Tips Untuk Lulus MUET Dengan Mudah |
Malaysian University English Test (MUET) merupakan salah satu ujian yang penting kerana pelajar wajib lulus MUET sebelum mereka dapat memegang status graduan sesebuah universiti. Oleh itu, entri ini akan memfokuskan kepada tips untuk lulus MUET dengan mudah.
1. Fahami komponen utama MUETPerkara pertama yang anda perlu lakukan adalah memahami komponen utama bagi MUET. MUET merangkumi 4 ujian, iaitu speaking, listening, reading dan writing. Pengagihan markah dan format untuk setiap komponen juga berbeza.
2. Cari rujukan untuk MUET
Sebenarnya banyak sumber rujukan yang anda boleh gunakan untuk MUET. Bagi saya, saya suka buku fizikal sebab saya suka tulis pada nota dan highlight isi penting. Tapi kalau anda nak jimatkan duit, boleh je cari rujukan atas talian. Sesetengah universiti juga menyediakan sukatan pelajaran untuk subjek bahasa Inggeris yang sesuai dengan format MUET (jadi fokus masa pensyarah mengajar).
3. Tanya orang yang sudah berpengalaman
Kalau ada orang terdekat yang pernah mengambil MUET, jangan segan untuk bertanya tentang pengalaman mereka. Minta tips untuk mengulangkaji dan tanya tentang proses MUET dijalankan (apa yang berlaku sebelum masuk dewan peperiksaan & semasa di dewan peperiksaan).
4. Jawab soalan MUET tahun-tahun lepas
Salah satu cara untuk tahu bentuk-bentuk soalan yang pernah ditanyakan adalah dengan membuat latihan menggunakan soalan MUET tahun-tahun lepas. Anda boleh dapatkan secara atas talian atau beli di kedai buku.
5. Fokus pada komponen yang anda yakin boleh score
Lihat pengagihan markah untuk setiap komponen MUET dan tentukan komponen mana yang anda paling yakin dapat score. Fokus terhadap komponen tersebut dan cuba dapatkan markah semaksimum yang boleh. Namun, jangan lupakan komponen-komponen yang lain.
Berdasarkan carta permarkahan untuk keputusan MUET, letakkan target untuk markah keseluruhan yang anda harus capai. Contohnya, markah untuk mendapat band 3 ialah 140-179. Kalau anda score separuh dari markah penuh untuk setiap komponen, anda dah boleh dapat 150 markah.
6. Konsisten dalam mengulangkaji
Mendapatkan kemahiran membaca, menulis, mendengar dan bertutur yang baik bukan boleh dicapai dalam satu malam. Elakkan sikap mula mengulangkaji pada saat-saat akhir. Mulakan ulangkaji beberapa bulan sebelum dan lakukan secara konsisten.
6. Konsisten dalam mengulangkaji
Mendapatkan kemahiran membaca, menulis, mendengar dan bertutur yang baik bukan boleh dicapai dalam satu malam. Elakkan sikap mula mengulangkaji pada saat-saat akhir. Mulakan ulangkaji beberapa bulan sebelum dan lakukan secara konsisten.
Tips di atas adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri dan berkesan untuk saya mendapat band 4 bagi MUET. Saya berkongsi tips di atas untuk membantu mereka yang memerlukan sedikit tips untuk memulakan persediaan bagi MUET.
Semoga tips yang dikongsikan bermanfaat untuk semua. Nantikan perkongsian lain berkaitan dengan MUET.
*Saya tak dapat memberi jaminan yang anda confirm akan lulus MUET kalau ikut tips di atas. Semuanya bergantung kepada usaha anda dan rezeki yang ditetapkan oleh Tuhan. Tapi tidak ada salahnya untuk kita berusaha dengan pelbagai cara.
Setuju, fokus komponen yang boleh skor memang perlu sebab kalau nak kejar semua susah juga.
ReplyDelete👍🏻😊
DeleteTips yg menarik . Terima kasih atas perkongsian yg berguna
ReplyDeleteSama-sama😊.
Delete