Hai semua. Bertemu lagi dalam entri review novel di The Wonderful Jannah. Hari ini saya ingin review novel Romantika 4 Hari 3 Malam karya Wizana Emilia.
Sejujurnya, ini pertama kali saya membeli karya novelis Wizana Emilia. Jadi, saya tidak pasti bagaimana cara penulisan beliau. Saya tertarik dengan cover page novel ini dan kebetulan pula sudah lama saya tidak membeli novel cinta.Untuk pengetahuan semua, novel ini sudah diadaptasi ke drama. Memandangkan saya belum tonton semua episod drama tersebut, saya tidak boleh membuat perbandingan dari segi jalan cerita dalam novel dan dalam drama.
Tanpa melengahkan masa, jom kita baca review bagi novel ini.
Judul: Romantika 4 Hari 3 Malam
Novel Romantika 4 Hari 3 Malam Karya Wizana Emilia |
Judul: Romantika 4 Hari 3 Malam
Penulis: Wizana Emilia
Genre: Cinta
Tahun terbitan: 2018
Penerbit: Love Novel Publishing Sdn. Bhd.
Harga: RM 26
Mukasurat: 576
Review:
Agak-agaknya kenapa Amar tinggalkan Lana? Apakah salah faham yang berlaku? Adakah Lana akan pilih Amar atau Lana pilih Hisham yang single dan memang suka kepada Lana? Kalau nak tahu, kenalah baca novel Romantika 4 Hari 3 Malam.
Review:
Novel ini mengisahkan tentang Lana Analia yang bekerja sebagai seorang wartawan. Dia sering bertemu dengan lelaki yang mempunyai sikap yang negatif melalui blind date. Namun, Percutian 4 hari 3 malam di Pulau Impian telah membawa kepada pertemuan dengan seorang lelaki yang agak berbeza , iaitu Amar. Walaupun sering menghabiskan waktu bersama semasa percutian tersebut, kedua-dua Lana dan Amar menyimpan rahsia tersendiri.
Semuanya indah sehinggalah pada hari terakhir di Pulau Impian. Lana ditinggalkan tanpa sebarang berita. Amar pergi kerana salah faham dan andaian yang dibuat tanpa mendengar penjelasan daripada Lana. Dia juga tidak sempat meluahkan perasaannya kepada Lana.
Macam biasalah watak-watak utama pasti akan bertemu semula. Namun, keadaan sudah berbeza. Kehadiran Hisham dalam hidup Lana sudah dirancang oleh Hisham. Dia membelakangkan Amar, kawan baiknya. Dia mencari Lana setelah mendengar cerita tentang Lana daripada Amar.
Antara watak lain yang diperkenalkan setelah Lana dan Amar pulang dari Pulau Impian ialah Aida, tunang kepada Amar. Aida ni macam baik saja tapi gaya hidupnya yang terlalu mementingkan kecantikan sehingga pemakanan juga sangat dikawal membuatkan Amar risau tentang pemakanan setelah mereka berkahwin. Dalam masa yang sama, Amar masih tidak dapat melupakan Lana.

Terdapat sedikit unsur misteri yang dipaparkan dalam novel ini, iaitu surat dari peminat misteri. Mula-mula ingatkan Amar yang hantar tapi macam pelik juga sebab Amar tak tahu pun tempat tinggal Lana. Memang tak jangka watak lain yang hantar surat tu.
Selain itu, pengenalan watak Hisham juga membawa kepada kes jenayah yang sedang disiasat olehnya. Hisham ni seorang peguam dan dia diminta untuk membela Dato' Khairul yang dituduh membunuh isterinya. Setelah mengetahui kebenarannya, Hisham membuat satu keputusan yang tidak dipersetujui oleh ayahnya.
Novel ini bukan hanya menfokuskan kepada perjalanan Amar dan Lana sahaja. Second lead, Hisham juga diberikan fokus termasuk kes yang disiasat oleh Hisham. Ada juga babak imbas kembali kenangan Amar dan Lana di Pulau Impian.
Novel ini bukan hanya menfokuskan kepada perjalanan Amar dan Lana sahaja. Second lead, Hisham juga diberikan fokus termasuk kes yang disiasat oleh Hisham. Ada juga babak imbas kembali kenangan Amar dan Lana di Pulau Impian.
Agak-agaknya kenapa Amar tinggalkan Lana? Apakah salah faham yang berlaku? Adakah Lana akan pilih Amar atau Lana pilih Hisham yang single dan memang suka kepada Lana? Kalau nak tahu, kenalah baca novel Romantika 4 Hari 3 Malam.
Pengajaran:
- Jangan buat keputusan berdasarkan andaian. Amar tidak sepatutnya meninggalkan Lana hanya kerana andaian yang dibuat. Dia seharusnya meminta penjelasan daripada Lana terlebih dahalu.
- Jangan terlalu mempercayai seseorang. Amar dan Lana sama-sama tertipu dengan Hisham. Hisham cuba untuk memiliki gadis yang dicintai oleh kawan baiknya sendiri sehinggakan dia sanggup merancang pertemuan yang kelihatan seolah-olah secara kebetulan untuk mendekati Lana.
- Jujur dalam perhubungan. Amar, Lana dan Hisham sepatutnya lebih jujur dalam apa-apa perhubungan kerana kebenaran yang diketahui dari mulut orang lain lebih menyakitkan dan mungkin akan menjejaskan sesuatu hubungan.
Secara keseluruhannya saya ingin beri 9/10 bintang kepada novel ini. Novel Romantika 4 Hari 3 Malam sesuai untuk pembacaan yang santai. Jalan cerita tidak terlalu kompleks tetapi masih ada sedikit unsur saspens dan kejutan yang diberikan.
Baca review novel yang lain:
-Kembali Mencintai karya Syamnuriezmil
-Pujaan Hati Kanda Karya Aulia Iman
-Seribu Rindu Karya Hani Fazuha

Samalah kita, akak pun Tak tengok lagi drama ni. Tapi baca review yang Jannah buat macam best je
ReplyDeleteKena tengok drama dan baca novel dulu baru tahu best ke tak😁.
Deletedrama dia macam kaku sikit sebab mungkin dorang terlalu fokus dengan kesempurnaan? Hehe But, temoat shooting dorang seriuz lawa.
ReplyDeletemOga ada rezeki pergi satu hari nanti. :)
Memang tak dapat dinafikan yang tempat shooting cantik. Dalam novel pun, penulis gambarkan keindahan Pulau Impian.
DeleteAda kak sha nampak dekat PNM e-Reader.. macam best je lepas baca review Jannah nie..
ReplyDeleteBoleh buat review lepas dah baca, Kak Sha😁.
Deletetengok drama dia tak berapa minat sangat dengan watak utama dia. kalau jumpa novel ni nanti nak try baca..hehe
ReplyDelete