Hai, peminat-peminat novel.
Setelah sekian lama berehat daripada membuat review novel (bukan berehat sebenarnya tapi banyak komitmen lain), saya ingin membuat review novel Pujaan Hati Kanda karya Aulia Iman. Novel ini telah diadaptasikan kepada drama untuk slot Akasia TV3, iaitu pada pukul 7 malam setiap hari Isnin hingga Jumaat.
Novel ini saya beli di kedai buku ketika saya membeli novel Seribu Rindu. Memandangkan saya juga menonton drama Pujaan Hati Kanda (sebab baby Iqy cute sangat😂), jadi saya akan membuat perbandingan antara novel dan drama tersebut. Anda boleh tengok cover page novel tersebut dalam gambar di bawah. Saya telah menonton drama tersebut terlebih dahulu (masih disiarkan ketika entri ini ditulis) sebelum membaca novelnya. Mari baca review novel ini.
Judul: Pujaan Hati Kanda
Penulis: Aulia Iman
Genre: Cinta
Tahun terbitan: 2016
Penerbit: Karya Seni
Harga: RM 27
Mukasurat: 678
Review:

Pujaan Hati Kanda karya Aulia Iman |
Judul: Pujaan Hati Kanda
Penulis: Aulia Iman
Genre: Cinta
Tahun terbitan: 2016
Penerbit: Karya Seni
Harga: RM 27
Mukasurat: 678
Review:
Setelah saya menonton drama Pujaan Hati Kanda dan novelnya, saya mendapati terdapat perbezaan bagi watak baby Rara. Di dalam novel, bayi yang dikatakan sebagai anak kepada kepada Danny adalah bayi perempuan tetapi di dalam drama merupakan bayi lelaki dan dinamakan baby Iqy. Pertemuan antara Danny dan Tiara bermula di tempat kerja Tiara. Setelah Tiara dan rakannya Reena dibuang kerja, mereka mendapat tawaran kerja sebagai pengasuh bayi daripada Danny.
Macam-macam yang harus dilalui oleh Tiara ketika menjadi pengasuh baby Rara. Saya tidak pasti bagaimana Tiara dan rakannya Reena dapat membahagikan masa untuk menjaga baby Rara sedangkan mereka berdua masih belajar di universiti.
Saya berasa geram dengan watak Nadine, bekas tunang Danny yang menggangu kehidupan Danny dan Tiara walhal dia yang meninggalkan Danny ketika majlis akad nikah mereka. Babak yang saya rasakan agak keterlaluan adalah apabila Nadine masuk ke rumah Danny tanpa kebenaran. Bagi saya, tindakan Nadine sudah melampaui batas kerana dia sebenarnya telah menceroboh ke rumah orang lain.
Selain itu, watak Pali juga merupakan salah satu watak antagonis dalam novel ini. Apabila diadaptasikan, watak Pali dibawa oleh Syazwan Zulkifly. Memang betul-betul sesuai dan berkesan lakonannya sehingga wujud #kecampali di media sosial.
Pada akhir novel ini, terdapat sedikit plot twist. Walaupun ketika mulanya saya tidak menyukai watak nenek Danny terutamanya apabila dia meminta Danny untuk mengahwini Fatimah, tetapi saya tidak sangka sebenarnya dia mempunyai perancangan tersendiri untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Danny.

Pengajaran:
- Terima pasangan anda seadanya. Tiara seharusnya menerima Danny seadanya kerana dia telah berubah dan telah meninggalkan kehidupannya yang sosial.
- Bijak dalam membuat penilaian. Suria hampir menghancurkan hidup adiknya kerana dia memaksa Tiara untuk bertunang dengan Pali yang berduit dan disangkakan baik orangnya. Setelah berlaku kejadian Pali memukul Tiara, barulah dia sedar yang penilaiannya selama ini salah.
-Isi masa lapang dengan aktiviti berfaedah. Walaupun Tiara dan Reena duduk di bandar, tetapi mereka tidak terjebak dengan gejala sosial. Sebaliknya, masa lapang mereka dihabiskan dengan membuat kerja separuh masa.
Secara keseluruhannya saya ingin 9.5/10 bintang kepada novel ini.
Baca review novel yang lain:
-Yang Lebih Sempurna karya Umie Liza
-Kembali Mencintai karya Syamnuriezmil
-Novel Seribu Rindu karya Hani Fazuha

novelnya nampak lebih menarik.. sha tak tengok sangat drama nya..
ReplyDeleteSaya tengok drama dulu. Bila tahu ada novel, terus pergi cari kat kedai buku.
Deletememang disebalik cerita yg di lakonkan kita kena ambil apa pengajarannya..kaitkan dengan realitui kehidupan..ada kelebihan kita kena wajib syukuri
ReplyDeleteBetul tu, yang baik kita ambil jadikan pengajaran tapi yang buruk jangan sesekali kita amalkan dalam hidup.
DeleteLayan drama dia tp tak baca novel. Bila baca review ni, mcm pengakhiran yg baik je apa yg nenek dia cuba buat. Hihi tak sabar nak tggu smpai episod akhir
ReplyDeleteSamalah, saya pun tak sabar nak tengok episod akhir.
Deletesy dah baca novel tu separuh sbb tu tau dlm novel tu baby girl tapi dalam drama baby boy..mmg suka tgk gandingan Remy Ishak dan Mira Filzah..
ReplyDeleteSetuju, pemilihan hero dan heroin yang sesuai.
DeleteTak sabar nak tunggu cerita ni habis. nak baca novel macam tak sebab tak suka abca novel.hihi
ReplyDeleteSamalah, tak sabar nak tengok pengakhiran dalam drama sebab saya dah tahu ending dalam novel.
DeleteSiqah tak baca novel ni dan tak tengok drama jugak. Hihi. Hello Jannah. Thanks visiting my blog. Siqah follow sini :)
ReplyDeleteThanks sudi follow blog ni.
Deletefollow gitu2 je drama dia..tp mcm syok jugak baca novel kan?mesti lebih details..
ReplyDeleteHaah, ada perbezaan bila baca novel dengan tengok drama. Biasanya dalam drama mesti ada babak yang dikurangkan atau ditambah.
Deleteakak tak dramanya dan tak baca pun novelnya tapi tahulah juga tentang drama ni
ReplyDeleteOoh, cuba lah tengok dramanya, Kak.
Delete