Review Novel Kembali Mencintai Karya Syamnuriezmil

Baru-baru ini, novel Kembali Mencintai (KM) yang saya order daripada penulis novel Syamnuriezmil telah sampai. Novel ini merupakan karya terbaru beliau yang dilancarkan pada bulan Disember ini. Selain novel, saya juga membeli T-shirt yang dihasilkan khas untuk KM. Anda disarankan untuk membaca dua buah karya lain iaitu Magisnya Cinta dan Apa Rasa Cinta sebelum membaca KM (tapi saya masih belum memilikinya ketika membaca KM).

Memandangkan saya order T-shirt KM beserta novel, saya merupakan antara yang terawal mendapat novel KM (batch yang pertama). Tempoh penghantaran sangat cepat iaitu hanya sehari sahaja. Perkara yang menarik apabila beli secara terus dengan penulis novel adalah anda akan dapat signature dan free gift (berdasarkan pengalaman membeli buku dengan Syamnuriezmil tetapi tidak pasti bagi penulis novel yang lain).

KM karya Syamnuriezmil bersama penanda buku, T-shirt KM, kalendar 2019, poskad (di dalam buku) dan pen (bentuk buaya)
Sebelum saya bercerita tentang novel KM, saya nak bercakap tentang T-shirt nya terlebih dahulu. Saya tertarik untuk membeli T-shirt tersebut kerana quote yang dicetak. Material yang digunakan juga sangat selesa dan saya akan beli lagi kalau ada T-shirt dikeluarkan untuk novel-novel yang akan datang. Jadi, sekarang marilah kita baca review untuk novel ini.

Judul: Kembali Mencintai
Penulis: Syamnuriezmil
Genre: Cinta
Tahun terbitan: 2018
Penerbit: Karya Seni
Harga: RM 33
Mukasurat: 864

Review:
Novel ini banyak menceritakan kehidupan seorang guru. Perancangan awal Thiya untuk mendapatkan dana bagi pembinaan dewan di sekolahnya akhirnya membawa kepada penyamaran sebagai bakal menantu kepada Tengku Fareha. Saya terkejut apabila membaca babak Thiya mengaku sebagai bakal isteri CEO sebuah syarikat semata-mata untuk berjumpa dengan CEO tersebut. Terdapat gelaran yang digunakan untuk kedua-dua watak utama iaitu dinosaur (Thiya Thaqif) dan buaya (Tengku Faal Haris). Thiya siap save nombor telefon Tengku Faal sebagai "kerabat buaya"😂. Walaupun mereka tidak sehaluan pada awalnya, tetapi mereka mengambil keputusan untuk berkahwin setelah Thiya berjaya mengubah sikap playboy  Tengku Faal.

Salah satu informasi baru yang saya peroleh daripada novel ini adalah tentang taklik tambahan. Saya tidak pernah membaca tentang isu ini dalam mana-mana novel sebelum ini. Thiya mengambil keputusan untuk meletakkan taklik tambahan dengan alasan mahu menbuktikan bahawa Tengku Faal sudah betul-betul berubah. Namun, taklik itu akhirnya memakan diri. Saya amat kecewa apabila mereka disahkan bercerai talak satu kerana fitnah dan geram dengan Thiya yang tidak mahu mendengar penjelasan Tengku Faal. Memandangkan saya team buaya, jadi saya sokong Tengku Faal.

Apabila melihat tajuk novel ini dan membaca sinopsisnya, saya sudah dapat meneka bagaimanakah pengakhirannya. Tetapi ada sedikit kejutan tentang siapa yang menjadi dalang kepada keruntuhan rumah tangga Thiya dan Tengku Faal serta sebab individu tersebut berbuat demikian.  

Pengajaran:
- Jodoh pasti bertemu. Walaupun Thiya cuba lari daripada Tengku Faal, tetapi mereka tetap bertemu kerana jodoh mereka kuat. 
- Jangan bertindak mengikut perasaan. Thiya seharusnya mendengar penjelasan Tengku Faal selepas melihat terdapat perempuan lain di pejabat Tengku Faal. Namun, dia memilih untuk ke mahkamah bagi mengesahkan penceraian mereka. 
-Kepercayaan sangat penting dalam rumah tangga. Jika Thiya benar-benar percaya bahawa Tengku Faal telah berubah, dia tidak perlu mengenakan taklik tambahan. Hal ini kerana dalam mana-mana perhubungan, kepercayaan merupakan salah satu komponen yang penting.

Secara keseluruhannya saya memberi 9.0/10 bintang kepada novel ini.

Baca review novel yang lain:
-Yang Lebih Sempurna karya Umie Liza

Comments

  1. Banyak pengajaran novel ni ya. Geram betul kalau ada dalang dalam keruntuhan rumah tangga ni. Betul tu pasangan harus percaya antara satu sama lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Yeaslmn. Bila sampai part ada orang ketiga tu, memang geram betul rasanya.

      Delete
  2. Macam nenarik untuk dibaca lepas baca review Jannah nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah baca lepas ni, Kak Sha. Saya tunggu review Kak Sha pula.

      Delete
  3. Replies
    1. 👍Kalau kita betul-betul menghayati semasa baca sesuatu buku, pasti kita dapat menemukan pengajaran yang cuba disampaikan oleh penulis.

      Delete
  4. saya adalah seorang peminat tegar karya Syamnuriezmil ni. boleh dikatakan semua novel dia saya ada, and kalau kuar tu..cepat2 pre order la. And memang beli direct ngan write sbb nak sign tu.. The Chapter Bookstore. Walaupun banyak novel dia, semua cerita yg berlainan and mesti ada selit kan moral of the story nya. best sesangat la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun peminat karya Syamnuriezmil sejak tengok adaptasi novel Mr Grey. Saya selalu pre order sejak tahu Syamnuriezmil ada kedai buku dan sesetengah buku tak dijual di kedai buku. Yang best bila beli direct dengan penulis ialah dapat signature penulis tu.

      Delete

Post a Comment