Review Novel Yang Tersembunyi Karya Khairul Ahmad

Hai semua. Saya kembali lagi dengan entri review novel. Hari ini saya ingin membuat review tentang novel Yang Tersembunyi karya Khairul Ahmad.

Novel ini saya beli di Popular Online. Saya tertarik dengan tajuk dan design covernya. Rasanya ini pertama kali saya beli novel yang diterbitkan oleh Karya Publika. 

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang novel Yang Tersembunyi, kenalah baca review ini sehingga habis.

Yang Tersembunyi Karya Khairul Ahmad

Judul: Yang Tersembunyi
Penulis: Khairul Ahmad
Genre: Thriller/misteri
Tahun terbitan: 2020
Penerbit: Karya Publika
Harga: RM 26.90
Mukasurat: 312

Review:
Semasa baca sinopsis novel ni, pembaca sudah boleh tahu serba sedikit tentang perjalanan cerita. Jalan ceritanya agak straightforward. Namun, masih ada persoalan yang dibiarkan tanpa jawapan dan hanya terjawab di beberapa bab terakhir. 

Novel ini dimulakan dengan penangkapan Aniza atas tuduhan membunuh rakan baiknya, Maisarah. Kes tersebut dikendalikan oleh Inspektor Suhana dengan bantuan Detektif Riza. Kebanyakan babak dalam novel ini adalah babak soal siasat yang dijalankan oleh Inspektor Suhana dan penceritaan semula oleh Aniza.

Pada mulanya, Aniza banyak mendiamkan diri dan mengatakan dia tidak bersalah. Kemudian, dia mengatakan dia terpaksa dan mengaku yang dia membunuh Maisarah. Pelik juga kenapa Aniza ingin membunuh rakan baiknya sendiri.

Semasa soal siasat, Aniza memberitahu bahawa Maisarah ada kelebihan, iaitu dia boleh mendengar apa yang orang lain katakan dalam hati. Pada awalnya, keseronokan terasa kerana Maisarah tahu jika ada orang yang berniat tidak baik terhadap dia dan rakan-rakannya. 

Namun, tidak lama kemudian orang yang rapat dengannya dan tahu akan kelebihannya termasuk Aniza mula menjauhkan diri. Setelah menyoal siasat Aniza, Inspektor Suhana mendapati bahawa Maisarah juga tahu banyak rahsia orang disekelilingnya. Jadi, logiklah kalau orang lain menjauhkan diri untuk lindungi rahsia mereka. 

Lebih lama soal siasat dijalankan, lebih banyak maklumat yang diperoleh lalu membongkarkan motif sebenar pembunuhan. Inspektor Suhana juga cuba mencari jawapan sama ada terdapat mastermind/dalang di sebalik kejadian yang berlaku atau Aniza hanya bertindak bersendirian.

Dalam novel ini, kita dapat menyaksikan bagaimana emosi mampu mempengaruhi tindakan yang diambil. Apabila sudah terdesak, seseorang itu sanggup melakukan apa sahaja walaupun terdapat kesan negatif terhadapnya.

Pengajaran:
- Berfikir secara rasional. Aniza seharusnya berfikir secara rasional sebelum melakukan perkara yang melanggar undang-undang dan memusnahkan masa depannya.
- Jangan menonjolkan kelebihan diri secara berlebihan. Jika Maisarah merahsiakan kelebihan yang dimiliki dan hidup seperti biasa, dia mungkin tidak kehilangan orang yang rapat dengannya dan mungkin juga terselamat.
- Jangan masuk campur urusan orang lain secara berlebihan. Tindakan Maisarah yang suka menceritakan apa yang didengari tentang seseorang kepada orang lain menyebabkan ada yang tidak selesa dan terganggu dengannya.

Secara keseluruhannya saya ingin beri 9.0/10 bintang kepada novel ini. Cara penceritaan agak baik kerana klu tentang kes diberikan satu-persatu tetapi motif sebenar dan individu yang bersalah hanya didedahkan pada penghujung cerita. Namun, kurang elemen plot twist yang tidak dijangka. Novel ini sesuai untuk pembacaan novel thriler yang santai.

Baca review novel yang lain:
-Vila Puaka karya Phakinai
-Psiko karya Rosa Nur
-9 Nota karya Hannah Ezzaty


Comments

  1. Macam menarik yer, tapi ini hanya sipnosis saja ke?๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi sinopsis part awal dan review. Kalau nak tahu lebih details, kena baca novel lah๐Ÿ˜.

      Delete
  2. Macam best je novel nie. Dah lama tinggal baca novel ๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best. Sesuai untuk bacaan santai. Tak terlalu conplicated jalan ceritanya.

      Delete
  3. Orang yang ada 'kelebihan' macam Maisarah tu sepatutnya kena ada sifat pandai menyimpan rahsia. Kalau dak, kelebihan tu akan bertukar menjadi 'sumpahan' ๐Ÿ˜…

    Nice sharing, JR ๐Ÿ˜Ž๐Ÿ‘๐Ÿป

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, CS. Bukan semua benda perlu dikongsikan.

      Delete
  4. rajinnyer baca novel dan siap review sekali., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak adalah rajin sangat tapi minat membaca๐Ÿ˜….

      Delete
  5. Antara penulis yang kak sha suka.. menarik review Jannah..

    ReplyDelete

Post a Comment