Hai semua.
Hari ini saya ingin membuat review novel 9 Nota karya Hannah Ezaty. Novel ini merupakan novel kedua yang saya beli daripada penulis novel Hannah Ezaty. Buku pertama yang saya beli daripada beliau sudah habis dibaca cuma saya masih belum membuat review kerana kekangan masa sebelum ini. Untuk pengetahuan anda, novel ini tidak dijual di mana-mana kedai buku dan hanya boleh dibeli secara terus dengan penulis novelnya.
Novel ini juga didatangkan sekali dengan poskad dan ditandatangani oleh Hannah Ezaty. Kalau anda nak tahu bagaimana saya boleh kenal dengan penulis Hannah Ezaty, nantikan review novel yang akan saya buat tidak lama lagi. Sebelum itu, marilah baca review novel 9 Nota terlebih dahulu.
Judul: 9 Nota

9 Nota karya Hannah Ezaty |
Penulis: Hannah Ezaty
Genre: Cinta/Misteri
Tahun terbitan: 2018
Penerbit: Storyteller
Harga: RM 35
Mukasurat: 454
Review:
Review:
Ketika pertama kali melihat novel ini di Instagram dan membaca blurb, saya berasa tertarik untuk membelinya kerana jalan ceritanya yang tidak klise. Harganya yang mencecah sehingga RM 35 dengan ketebalannya yang tidak seberapa (bagi saya, novel dengan 400 muka surat lebih adalah novel yang nipis) membuatkan saya tertanya-tanya apakah yang membuatkan harganya sebegitu. Apabila saya menerima novel ini, saya rasakan kualitinya selari dengan harga yang diletakkan. Hal ini kerana kulit buku ini sangat licin dan cantik.
Novel ini dimulakan dengan babak Kaisara menerima nota kesembilan daripada orang misteri. Kebiasaanya pasti ada sesuatu yang menyebabkan dia putus cinta bersama kekasihnya setelah dia menerima nota-nota tersebut. Dia tertanya-tanya siapakah yang menjadi stalker dan cuba menyelamatkannya daripada kekasih-kekasihnya yang tidak baik. Tambahan pula, ada jiran yang baru berpindah berhampiran rumahnya dan lelaki itu kelihatan psiko lalu membuatkan rakan serumah Kaisara risau dengan keselamatan dirinya.
Selepas Kaisara putus cinta dengan Syazwan, terdapat dua orang lelaki yang hadir dalam hidupnya sehingga dia keliru dalam untuk membuat pilihan. Daniel Ilham merupakan calon pilihan ibunya manakala Aliff Haidar merupakan kawan lamanya. Apabila kedua-dua lelaki tersebut melamarnya, Kaisara mengambil masa yang agak lama sebelum memilih salah seorang daripada mereka.
Apabila Kaisara menerima nota kesepuluh, saya tidak sabar untuk membaca hingga ke akhir novel untuk mengetahui siapakah penghantar nota-nota tersebut. Pada akhir novel ini, terdapat plot twist dan watak baru yang diperkenalkan. Sememangnya saya tidak menjangkakan pengakhiran novel ini.

Pengajaran:
- Kasih sayang keluarga. Ibu Kaisara mencuba sedaya upaya untuk membantu anaknya.
- Komitmen terhadap kerja. Daniel Ilham sangat komited dengan kerjanya dan sanggup melakukan apa sahaja supaya pesakitnya sembuh.
-Reda dengan ketentuan Tuhan. Kaisara seharusnya menerima ketentuan takdir dan meneruskan kehidupannya seperti biasa.
Secara keseluruhannya saya ingin beri 9.6/10 bintang kepada novel ini.
Baca review novel yang lain:
-Yang Lebih Sempurna karya Umie Liza
-Kembali Mencintai karya Syamnuriezmil
-Pujaan Hati Kanda karya Hani Fazuha

Rajin ya membaca novel
ReplyDeleteHaah, memang rajin baca novel. Salah satu terapi untuk release stress dan cara mengisi masa lapang😅
Deletewow 9.6 tu. Tinggi betul! Haha. Siapa pemberi nota ke 10 tu, dia ke jodoh Kaisara sebenarnya? Hahaha
ReplyDeleteBukan, Yea. Orang yang memang tak disangka beri nota tu.
DeleteMacam menarik pula baca review Jannah nie..
ReplyDeleteMemang menarik buku ni Kak Sha. Bukan kisah cinta semata-mata tapi ada mesej tertentu yang ingin disampaikan oleh penulis.
DeleteSaya suka tengok cover buku. Nampak clean and minimalist. Bawa review macam interesting. Rasa macam nak beli dan baca tapi.. Mmm masa, saya tak ada masa. Ada jual dari ebook google app ke?
ReplyDeleteBuku ni hanya dijual oleh penulisnya. Boleh tengok di IG beliau @hannahezaty. Tak apa, boleh baca slow2😂
DeleteLama juga tak baca novel penulis lain sejak jadi peminat Ramlee Awang Murshid.
ReplyDeleteTapi jalan cerita novel ni nampak macam best.
Dulu saya selalu juga beli novel Ramlee Awang Murshid.
Deletemenarik.. kita da pencen baca2 buku ni..
ReplyDeletetapi kita suka tengok orang rajin membaca. kipidap =)
Boleh sambung baca buku semula, SYM😂
DeleteSalam singgah dan follow
ReplyDeleteanda dijemput join GA saya,
http://www.astraveller.com/2019/02/doodle-planner-2019-giveaway.html
:)
Terima kasih sudi follow blog ni. Saya akan berkunjung ke blog Julia.
Delete