Review Novel Vila Puaka Karya Phakinai

Hai semua. Hari ini saya ingin membuat review bagi novel Vila Puaka karya Phakinai. Dah lama beli sebenarnya tapi masa tu tak ada blog lagi. Jadi, sekarang baru dapat buat review. 

Untuk pengetahuan semua, novel ini ditulis oleh seorang penulis Thailand dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Saya tertarik dengan novel ini kerana tajuk dan sinopsisnya. Jom kita baca reviewnya.

Vila Puaka Karya Phakinai

Judul: Vila Puaka
Penulis: Phakinai
Genre: Seram, misteri
Tahun terbitan: 2013
Penerbit: Pelangi Pictures Sdn. Bhd.
Harga: RM 23.90
Mukasurat: 419

Review:
Tanggapan pertama saya apabila membaca tajuk dan sinopsisnya adalah pasti novel ni merupakan kisah seram. Memang betul pun. Cara penulis menggambarkan suasana untuk sesuatu babak tu memang baik. 

Dalam waktu yang sama, cara penceritaannya menimbulkan tanda tanya dan misteri. Banyak sangat persoalan yang timbul. Semuanya bermula setelah Alice dan adiknya, Aim menjadi anak yatim piatu dan berpindah ke vila Puan Miria. Ada rahsia yang disimpan oleh Alice dan perkara tersebut membuatkan dia dipilih untuk tinggal di vila itu.

Macam-macam kejadian dan perkara misteri yang terjadi hingga membuatkan Alice dan Aim rasa ingin tahu. Setiap orang di situ seolah-olah menyimpan rahsia. Puan Miria sering berubah personaliti. Pembantu rumah, Sara sering mengingatkan mereka tentang larangan dan peraturan di rumah itu. Charlie, pemandu merangkap tukang kebun pula agak mencurigakan perlakuannya.

Yang menyeramkan adalah Pheet, sebuah patung yang dianggap sebagai anak oleh Puan Miria. Sebenarnya, Puan Miria mengalami masalah mental sejak kematian anaknya. Jadi, Dokto Dane bertanggungjawab untuk merawatnya.

Alice cuba meminta bantuan Doktor Dane untuk merungkai kebenaran tetapi semakin lama dia merasakan tiada seorang pun yang dapat dipercayai. Adiknya hilang dan dia ditimpa masalah ketika cuba menyelamatkan adiknya. Makin lama baca, makin tak tahu siapa dalang sebenarnya😂.

Agak pelik apabila orang yang dianggap sebagai dalang kepada semua kejadian telah meninggal dunia terlalu awal. Rupa-rupanya ada plot twist. Memang banyak kali 'tertipu' dengan misteri yang dirungkaikan😂. Banyak sangat plot twist dan misteri sampai ke bab akhir. 

Ingatkan ada happy ending tapi tak ada pun. Jalan cerita menarik dan tak terfikir pun tentang plot twist tu. Cuma yang kurang menarik adalah teknik imbas kembali yang digunakan. Banyak yang diulang berkali-kali dari awal dan bukannya disambung dari ayat yang terakhir dalam penceritaan sebelumnya.

Pengajaran:
- Berfikir sebelum bertindak. Alice dan rakan-rakannya sepatutnya berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu. Tindakan mereka akhirnya menyebabkan mereka ditimpa masalah.
- Jangan mudah percaya dengan sesiapa. Alice sepatutnya tidak mudah mebuat kesimpulan berdasarkan apa yang dilihat dan didengar. Penderitaan yang ditanggung lebih berat kerana dia mempercayai orang yang salah. 
- Jangan bersikap tamak. Ramai yang menjadi mangsa dalam novel ini kerana sikap tamak mereka. Mereka seharusnya tidak mengambil sesuatu yang bukan hak mereka.

Secara keseluruhannya saya ingin beri 9.5/10 bintang kepada novel ini. Saya suka dengan plot twist yang digunakan sehinggakan pembaca ingin terus membaca untuk tahu apa yang terjadi dan apa yang akan berlaku seterusnya. Novel ni memang menarik cuma teknik imbas kembali tu agak mengganggu pembacaan.

Baca review novel yang lain:
-Jangan Ganggu Jodohku karya Umie Nadzimah
-Psiko karya Rosa Nur


Comments

  1. Best fak citer seramm lma mama x baca novel seram

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni best. Saya suka baca buku bergenre seram macam ni sebab nak tahu kisah di sebalik semua yang berlaku.

      Delete
  2. One of the best horror book so far yg prnh sy baca..smpai terbwa2 dlm tidur 🤣🤣
    Currently im reading buku phub karya dri phakinai jgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya tak pernah lagi baca karya-karya lain dari penulis ni. Mungkin boleh cari nanti.

      Delete

Post a Comment