Hai semua. Hari ini saya akan membuat review novel Jangan Ganggu Jodohku karya Umie Nadzimah. Dah lama beli sebenarnya tapi baru sekarang berkesempatan untuk review.
Sebelum ini saya sudah pernah membaca karya penulis Umie Nadzimah. Novel beliau yang pernah saya baca adalah bergenre cinta. Namun, novel ini sedikit berbeza berbanding novel-novel sebelumnya.
Tanpa membuang masa, jom kita baca reviewnya.
Jangan Ganggu Jodohku Karya Umie Nadzimah |
Judul: Jangan Ganggu Jodohku
Penulis: Umie Nadzimah
Genre: Seram/Komedi
Tahun terbitan: 2018
Penerbit: Penulisan2U
Harga: RM 22
Mukasurat: 462
Review:
Review:
Sejujurnya saya menyangkakan yang novel Jangan Ganggu Jodohku ini fokusnya terhadap genre cinta. Rupa-rupanya, fokus utama cerita adalah tentang Aliza yang aneh sikapnya. Dia seolah-olah bertukar menjadi orang yang berbeza jika ada yang berbicara tentang jodoh atau kahwin.
Aliza ni selalu sakit sampai terpaksa kerap ambil cuti. Tapi disebabkan Aliza ni pandai ambil hati pelanggan, bosnya, Puan Shahida masih menerima Aliza sebagai pekerja. Selain itu, Puan Shahida itu berhasrat untuk jadikan Aliza sebagai adik ipar tapi adiknya, Doktor Imran sudah bertunang.
Doktor Imran dan tunangnya, Nadrah kurang suka dengan kehidupan di kampung. Jadi, mereka menjalani percintaan jarak jauh kerana Imran tidak sanggup membiarkan kakaknya yang masih belum berkahwin untuk tinggal bersendirian.
Kembali kepada kisah Aliza. Sebenarnya, masalah Aliza sudah bermula sejak kecil lagi. Namun, keluarganya tidak mengesyaki apa-apa. Mereka mengganggap Aliza suka bercakap seorang diri kerana dia suka berlakon. Aliza juga tinggal dalam bilik yang tiada seorang pun adik-beradiknya ingin tinggal.
Aliza selalu berbual dengan kawannya, Abu. Abu selalu mengingatkan Aliza supaya tidak mendekati mana-mana lelaki. Aliza menolak semua pinangan kerana risau Abu akan meninggalkannya. Dia juga akan sakit teruk jika ada yang yang datang meminang.
Dalam kalangan adik-beradik Aliza, hanya dia seorang saja yang sering sakit. Ada sebabnya kenapa Aliza yang terpilih dan bukan abang dan kakaknya. Hal yang sama juga terjadi kepada Doktor Imran. Dia juga terpilih dan sikapnya semakin berubah dan sering bertengkar dengan Puan Shahida selepas satu peristiwa di hospital.
Kesian Aliza kerana dia tidak mampu melarikan diri dari apa yang dihadapi dan keluarganya juga tidak merasakan Aliza perlu menerima rawatan pada mulanya. Apabila keluarga Aliza semakin rapat dengan Puan Shahida, dia diperkenalkan dengan Ustaz Hadhari yang membantu untuk merawat Aliza.
Mampukah Aliza disembuhkan daripada penyakitnya dan menjalani hidup seperti orang lain? Semuanya bakal terjawab dalam novel Jangan Ganggu Jodohku.
Pengajaran:
- Tanggungjawab terhadap keluarga. Doktor Imran menjalankan tanggungjawab sebagai seorang adik lelaki untuk menjaga kakaknya yang masih belum berkahwin.
- Prihatin terhadap ahli keluarga. Puan Shahida prihatin terhadap perubahan sikap Doktor Imran dan segera mencari jalan penyelesaian.
-Membantu orang yang memerlukan. Puan Shahida berusaha membantu Aliza walaupun hubungannya dengan Aliza hanyalah sekadar majikan dan pekerja.
Secara keseluruhannya saya ingin beri 9/10 bintang kepada novel ini.
Baca review novel yang lain:
-Yang Lebih Sempurna karya Umie Liza
-Psiko karya Rosa Nur
-Aura Cinta karya Aina Emir
Secara keseluruhannya saya ingin beri 9/10 bintang kepada novel ini.
Baca review novel yang lain:
-Yang Lebih Sempurna karya Umie Liza
-Psiko karya Rosa Nur
-Aura Cinta karya Aina Emir
lama dah tak baca novel melayu.
ReplyDeletesekarang tengah baca novel Summer Sweetheart, online
Ooh, saya selalu baca novel Melayu je. Kalau buku bahasa Inggeris, saya suka baca yang bukan fisyen.
DeleteCerita yang sangat menarik.. Memang berbaloi dibaca..
ReplyDelete