Review KFC Zesty Crunch Dengan Sos Chimichuri

Baru-baru ini, KFC Malaysia telah mengeluarkan menu baru, iaitu KFC Zesty Crunch dengan sos chimichuri bersempena dengan bulan Ramadan. 

Untuk pengetahuan semua, sos bagi KFC Zesty Crunch ini diinspirasikan daripada sos chimichuri di Argentina. Antara bahan yang digunakan adalah cili, limau, parsli, ketumbar dan bawang putih.

Macam biasalah, saya akan baca review dulu sebelum beli. Apabila terbaca ada ketumbar dalam sos tu, rasa macam tak pasti nak beli ke tak sebab saya tak suka ketumbar😂. 

Namun, memandangkan saya merupakan peminat tegar KFC, saya rasa lebih baik cuba sekurang-kurangnya sekali. Jadi, saya beli set kombo 2 ketul ayam dengan harga RM 15.99. Set 3 ketul ayam dan KFC Zesty Crunch box juga ada tapi dengan harga yang berbeza.

KFC Zesty Crunch

Seperti yang anda dapat lihat dalam gambar di atas. KFC Zesty Crunch ini didatangkan dengan ayam spicy yang disaluti dengan sos chimichuri, coleslaw, whipped potato dan air ice lemon tea. Ketika saya buka kotak KFC, ayam tu nampak sangat menyelerakan dan bau pun sedap.

Dari segi saiz, memang puas hati sebab dapat dua ketul dada ayam seperti yang diminta. Ayam besar dan saya tak untuk mampu habiskan. Jadi, saya pun makan satu ketul ayam dulu. Sosnya juga banyak tak macam review yang saya baca. Mungkin berbeza di cawangan yang berlainan. Bahagian atas memang penuh dengan sos tapi bahagian bawah langsung tak ada sos.

Seperti namanya "zesty", saya dapat rasa masam daripada limau tu. Yang paling best adalah langsung tak ada rasa atau bau ketumbar. Rasa pedas macam tak terasa sangat tapi pijar tangan disebabkan cili tu. 

Berdasarkan penilaian saya, berikut adalah pembahagian markah:

KFC Zesty Crunch:
Rasa- 4.6
Rupa-4.8
Kuantiti-4.5
Harga-4.0
Jumlah: 4.5 daripada 5 bintang

Kesimpulannya, saya suka dengan KFC Zesty Crunch ni. Percubaan yang baik dari KFC cuma kalau keseluruhan ayam tu disaluti dengan sos dan sos betul-betul meresap ke dalam isi ayam, mesti lagi sedap. Apa-apa pun memang berbaloi saya cuba menu baru ni. Nasib baik tak ubah fikiran disebabkan ketumbar.

*Review ini hanyalah pendapat saya berdasarkan penilaian yang saya buat. Kualiti makanan mungkin berbeza di cawangan KFC yang berbeza. Kalau anda ada pendapat sendiri, boleh kongsi di ruangan komen (gunakan perkataan yang positif). 

Comments

  1. nampak sedap, belum sempat nak cuba ayam yg baru ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak lagi masa untuk cuba, kak. Menu ni baru je dikeluarkan.

      Delete
  2. Akak Ada jugak tengok iklan KFC Zesty Crunch dengan sos chimichuri ni. Tapi Tak berkesempatan lagi nak try.

    Nampak macam sedap dan Menggoda. Nanti bolehla try.

    ReplyDelete
  3. Menariknya bila ada rasa limau dan sedikit pedas..

    ReplyDelete
  4. Alamak apesal.mama xtau kfv zesty ni. Alaa nak la juga

    ReplyDelete
  5. Kalau rasa x pelik...boleh la SA cuba nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung pada citarasa masing-masing. Ada yang kata tak best. Bagi saya, rasanya sedap.

      Delete
  6. Saya peminat setia kfc. Rasa Zesty crunch ni sedap cuma brminyak sedikit. Mgkin sy terbeli yg sdh d goreng dengan minyak yg brkali kali d gunakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooh. Biasanya ada sedikit perbezaan dari segi penyediaan di cawangan berbeza. Kadang-kadang saya cuba menu sama di cawangan yang berlainan.

      Delete

Post a Comment