Baru-baru ini, KFC Malaysia telah melancarkan satu menu baru, iaitu KFC Zero Chicken Burger. Sebenarnya perancangan asal adalah untuk beli KFC Golden Butter Cereal tapi menu tu dah tak ada. Jadi, terpaksa tukar pilihan.
Untuk pengetahuan semua, patty yang digunakan bukanlah daging ayam tetapi daging berasaskan tumbuhan. Ingin diingatkan juga yang burger ni bukan makanan vegan/vegetarian disebabkan oleh penggunaan mayones.Dari segi harga, KFC Zero Chicken Burger ni lebih mahal dari KFC Zinger Burger. Setiap set kombo berharga RM 15.99 manakala untuk ala carte adalah RM 12.99. Kombo ini didatangkan dengan fries dan air. Kotak pembungkusannya agak ringkas, berwarna putih dan hijau.
Jom kita lihat kotak pembungkusannya.
Dah tiba masanya untuk kita lihat rupa KFC Zero Chicken Burger ni.
Dari segi saiz, lebih kurang macam KFC Zinger Burger saja. Bentuk patty berbeza. Bukan bentuk bulat seperti kebiasaannya tetapi bujur.
Dalam burger tu, terdapat patty, salad, mayones, sos bbq dan kepingan keju. Sos bbq agak pedas bagi saya. Patty pula terasa macam nuget ayam walaupun bukan diperbuat dari ayam dan tidak terlalu kering. Dari segi rasa, agak sedap tapi bukanlah terlalu wow.
KFC Zero Chicken Burger |

Berdasarkan penilaian saya, berikut adalah pembahagian markah:
Kesimpulannya, KFC Zero Chicken Burger ni satu percubaan yang baik dan agak berbeza daripada menu yang KFC pernah keluarkan sebelum ni (saya jarang makan burger jadi expectation saya tidak terlalu tinggi). Namun, masih tak dapat lawan KFC Zinger Burger. Mungkin tak dapat repeat order sebab harganya yang mahal berbanding menu lain. Sekurang-kurangnya dah pernah rasa sekali.
Baca review KFC yang lain:
Review KFC Zinger Cheesy & Spicy BBQ
Review KFC Zinger Chop
Review Nasi Atuk KFC
KFC Zero Chicken Burger:
Rasa- 4.0
Rupa-4.2
Kuantiti-4.0
Harga-3.8
Jumlah: 4.0 daripada 5 bintang
Kesimpulannya, KFC Zero Chicken Burger ni satu percubaan yang baik dan agak berbeza daripada menu yang KFC pernah keluarkan sebelum ni (saya jarang makan burger jadi expectation saya tidak terlalu tinggi). Namun, masih tak dapat lawan KFC Zinger Burger. Mungkin tak dapat repeat order sebab harganya yang mahal berbanding menu lain. Sekurang-kurangnya dah pernah rasa sekali.
*Review ini hanyalah pendapat saya berdasarkan penilaian yang saya buat. Kualiti makanan mungkin berbeza di cawangan KFC yang berbeza. Kalau anda ada pendapat sendiri, boleh kongsi di ruangan komen (gunakan perkataan yang positif).
Baca review KFC yang lain:
Review KFC Zinger Cheesy & Spicy BBQ
Review KFC Zinger Chop
Review Nasi Atuk KFC
nanti nak try. nice review :)
ReplyDeleteThank you😊
DeleteLama dah Tak makan burger kfc. Akak Suka zinger burger. 🤭
ReplyDeleteSaya pun dah mula suka zinger burger sekarang😁.
DeleteWah..nampak sangat Cuya tak tahu promo terkini kfc..memandangkan duduk di rumah sahaja pkp ni..heheh
ReplyDeleteSecara kebetulan je saya ternampak iklan burger ni kat media sosial😅.
Delete